Terkini

Ulamak PAS Perak sokong khutbah Pahang kata DAP anti Islam.


Dewan Ulama PAS Perak (DUPNPk) menyokong ketegasan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dilapor enggan memohon maaf ekoran desakan pemimpin Melayu DAP berhubung kandungan teks khutbah Aidiladha yang mendakwa parti itu menentang Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS negeri itu Ustaz Sidek Mohd Noor berkata pihaknya bersetuju kandungan teks tersebut "tidak berbentuk fitnah tetapi nasihat" pihak berkuasa yang berautoriti menjaga kewibawaan Islam di negeri itu.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pimpinan DAP Pahang yang beragama Islam, yang berhasrat mengambil tindakkan undang-undang terhadap JAIP jika enggan memohon maaf.

"DUPNPk amat-amat kecewa, bagaimana seorang Muslim yang beragama Islam berhasrat menyaman sebuah badan yang berautoriti memelihara dan menjaga kewibawaan Islam? Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah seorang yang menghayati Islam.

"Dengan penegasan dan kekecewaan tersebut, kami daripada Dewan Ulama Negeri Perak bersolidariti dan memberikan sokongan penuh terhadap sikap tegas Jabatan Agama Islam Pahang tidak memohon maaf kepada DAP bagi memelihara maruah sebuah badan yang diberikan amanah menjaga martabat dan kesucian agama Islam, agama yang terang dan jelas terpelihara dalam perlembagaan negara," katanya.

Ustaz Sidek mengulas gesaan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri supaya JAIP memohon maaf berhubung teks khutbah itu yang didakwa sebagai menghina parti itu.


2 Responses to "Ulamak PAS Perak sokong khutbah Pahang kata DAP anti Islam."

  1. Melayu dap sama dgn melayu umno,jahil agama..dicucuk hidung seperti lembu.
    Zaid ibrahim halang hudud klate di mahkamah..inikan pula geng dap ni..di akhirat mereka akan ikut sifu lks.

    ReplyDelete
  2. Melihatkan serangan yang bertali arus datang dari UMNO dan PAS, kita dapat faham akan ketakutan dan kegerunan kepada DAP yang sedang melanda UMNO dan PAS. UMNO takut serta gerun kepada DAP BUKAN kerana DAP adalah parti cina yang hendak menghambakan orang melayu. PAS takut dan gerun kepada DAP BUKAN kerana DAP sedang berusaha memurtadkan orang melayu. BUKAN itu sebabnya! Sebab utamanya adalah kejayaan DAP membuang segala momokan rasis yang UMNO tempelkan kepada mereka selama setengah abad. Sebab utamanya adalah keupayaan DAP menanggalkan segala tohmahan komunis dan kafir harbi yang sentiasa dimomokan keatas mereka oleh ahli2 politik yang memperkudakan agama samada didalam PAS mahupun UMNO apatah lagi BN.

    Itu sebenarnya sebab kenapa PAS dan UMNO begitu benci kepada DAP pasca PRU13. Dialaf baru dan dizaman IT ini, DAP telah berupaya dengan jayanya menarik ramai anak2 muda melayu, lelaki dan perempuan bahkan juga anak2 muda yang berpendidikan agama untuk sama2 berjuang dengan mereka menegakkan keadilan dan demokrasi (tanpa perlu menjadi ahli DAP). DAP telah berjaya, melalui corak pemerintahan mereka di P.Pinang untuk mengubah persepsi anak muda terhadap mereka. Kerajaan DAP di P.Pinang telah berjaya menjadi contoh sebuah kerajaan yang di tadbir dengan prinsip2 ketelusan, keadilan serta sikap hormat-menghormati sesama bangsa dan agama. Walaupun Kerajaan DAP itu bukanlah sempurna tetapi pimpinan negeri serta pusat DAP berjaya menunjukkan bahawa gaya serta sistem pemerintahan yang mereka amalkan adalah jauh lebih baik dari apa yang diperbuat oleh UMNO dan juga dari apa yang PAS canangkan di Kelantan pasca Almarhum TG Nik Aziz. (Pentadbiran PAS di Terengganu serta Kedah langusng tidak perlu diulaskan kerana ia hanya membuang masa).

    Secara tiba2, anak2 muda melayu yang sudah jelak dan marah dengan politik adu domba, politik aniaya dan politik pecah perintah (samada melalui bangsa atau agama) telah dihidangkan dengan sebuah keraiaan yang berpusat kepada keadilan, ketelusan serta merit. Sebuah kerajaan yang tidak meminggirkan rakyat yang tidak menyokong mereka. Sebuah kerajaan yang tidak merampas hak2 rakyat bawahan dan memberikannya kepada suku sakat, saudara mara serta kroni2. Sebuah kerajaan yang benar2 berusaha untuk menjadi telus dan adil, tidak hanya pandai berretorik dan berucap2 di perhimpunan, masjid2 dan surau. Sebuah kerajaan yang ingin berlaku adil dan berusaha untuk berlaku adil. Tidak sempurna tetapi bergerak kearah kesempurnaan dan bukan hanya bercakap, berpidato dan bersyarahan.

    Bukankah ramai pimpinan2 dan ahli 2 bawahan PAS mendapat jawatan dan kedudukan di dalam pentadbiran DAP di P. Pinang. Bolehkah kita katakan yang sama dengan kerajaan PAS di Kelantan (di Terengganu dan Kedah juga)? Bukankah DAP menyerahkan kerusi MB kepada PAS Perak walaupun PAS mempunyai kerusi yang paling sedikit dalam DUN Perak? Adakah PAS atau UMNO mampu bersikap sedemikian jika mereka berada di situasi yang sama? Melihatkan kebencian serta serangan mereka kepada DAP, saya katakan TIDAK MUNGKIN! Bahkan sejarah telah menyerlahkan akan hipokrasi dan pembelotan yang telah dilakukan oleh PAS dan UMNO berhbungan dengan amalan demokrasi serta akhlak agama mereka.

    Maka janganlah kita kaget dengan tindakan luar agama yang dilakukan oleh PAS dan juga oleh UMNO terhadap DAP. Orang2 yang sedang ketakutan akan bertindak diluar batasan demi menghilangkan ketakutan mereka. Hanya orang2 yang berani sanggup berdepan dengan ketakutan mereka dan bertindak tenang menanggapi apa yang mereka takutkan. Natijahnya? PAS dan UMNO adalah parti2 yang ramai ahli dan besar sejarahnya tetapi kedua2nya adalah penakut serta kerdil prinsip mahupun semangat (agama ataupun bangsa). Ini bermakna kedua2nya adalah parti yang tidak berteraskan kepada berjuang untuk dan demi rakyat TETAPI kedua2nya adalah parti yang berjuang demi kepentingan Parti dan para pemimpin. Mana satu yang akan diterima oleh rakyat? PRU14 mungkin menjadi penentu kepada hidup dan matinya Malaysia dan khususnya orang melayu!

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete