Terkini

Yb Mahfuz sokong Prime Minister Question Time.

Kenyataan Media.

MENYOKONG HASRAT TAN SERI PENDEKAR AMIN MULIA UNTUK MEWUJUDKAN "PRIME MINISTER QUESTION TIME" DI PARLIMEN MALAYSIA.

1. Saya menyokong kenyataan Tan Seri Pendekar Amin Mulia Speaker Dewan Rakyat yang mengatakan beliau sedang berfikir tentang apakah ada keperluan untuk melaksanakan satu agenda sidang Dewan Rakyat iaitu "Prime Minister Question Time" (PMQT) dalam usaha melaksanakan proses reformasi Parlimen Malaysia selepas menerima kunjungan Delegasi Parlimen Australia yang mengamalkan Prime Minister Question Time di Parlimennya.

2. PMQT akan dapat membuka lembaran baru demokrasi berparlimen untuk mewajipkan PM pada setiap kali sesi Persidangan Dewan Rakyat di dalam seminggu sekali untuk tempoh satu jam hadir ke Parlimen bagi menjawab pelbagai persoalan negara yang dibangkitkan ahli parlimen. Ini upaya menjadikan seorang PM memberikan tumpuan kepada persoalan urustadbir negara secara yang lebih menyeluruh. PMTQ akan menjadikan PM lebih berpengetahuan, mempunyai dan menghayati visi dan misi yang jelas dalam mengurustadbirkan negara serta Amanah di dalam kepimpinan menjaga kepentingan negara dan rakyat.

3. Dalam keadaan urustadbir negara yang mengalami kepincangan dan salahgunakuasa yang mengaitkan PM adalah wajar sesi PMQT diwujudkan di Parlimen Malaysia. Pihak Kerajaan perlu memperlihatkan ketelusan dan keberanian untuk memberi laluan kepada reformasi Parlimen. Parlimen perlu diberi kebebasan menguruskan reformasinya tanpa campurtangan exsekutif. Tahniah Tan Seri Speaker, saya mohon menyokong.

REFORMASI PARLIMEN, REFORMASI NEGARA.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Sept 2015/16 Zulhijjah 1436H

0 Response to "Yb Mahfuz sokong Prime Minister Question Time."

Post a Comment