Terkini

20 Oktober ini debat Razman Zakaria dengan Nizar, di Taiping,

Daripada :-
ROZITA BINTI HARON,
PEMILIK & PENGURUS
RADIO INTERNET DPEDAS FM.

02hb.10.2015.
(kiriman melalui whatsapp)

Kepada Ahli Penal:-
YG.BERBAHAGIA.
TUAN HJ RAZMAN ZAKARIA,
Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.
Merangkap AJK Pas Pusat.

YG.BERHORMAT.
DATO SERI NIZAR JAMALUDIN.
Ketua Pembangkang Negeri Perak.
Merangkap AJK Amanah Pusat (Pertubuhan Pekerja Malaysia)

Yg. Berbahagia
Tuan dan Dato Seri 

JEMPUTAN RASMI SEBAGAI AHLI PANEL FORUM & DIALOG "AGAMA DAN BANGSA SIAPA KHIANAT SIAPA"

Perkara diatas adalah dirujuk. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ini adalah jemputan rasmi dikirim melalui whatsapp pada 2 ahli panel setelah pihak penganjur mendapat persetujuan awal secara / melalui whatsapp dari Ybhg. Tuan Hj Razman Zakaria.

2. Sehubungan itu kami berbesar hati diatas kesudian Ybhg.Tuan Hj Razman dan YB Dato Seri Nizar utk hadir sebagai ahli penal forum tersebut.

#Tarikh :20.10.15 (Selasa)

#Jam : 9 mlm - 11.45 mlm 

#Tempat: Taiping (Nama Dewan akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat persetujuan dari pemilik dewan)

#Tajuk : Agama Dan Bangsa Siapa Khianat Siapa?

3. Diatas jasa baik kedua ahli panel yg telah bersetuju memberi persetujuan awal melalui whatsapp pada pihak penganjur utk hadir ke forum ini amat kami hargai semoga progam ini nanti dapat mengeratkan semula ikatan ukhwah antara kita yg makin jauh akibat perbezaan pandangan.  

Sekian Terima Kasih 

"Syukuri persamaan, Raikan perbezaan, Kukuhkan persaudaraan"

Yg Menjalankan Amanah

..…..…....................................
ROZITA BINTI HARON. Bsc. Hons (UiTM)
Pemilik & Pengurus Dpedas FM.
(tidak perlu tandatangan cetakan komputer kiriman melalui whatsapp)

1 Response to "20 Oktober ini debat Razman Zakaria dengan Nizar, di Taiping,"