Terkini

Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi oleh PAS?

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menyeru rakan sekutunya PKR supaya meninggalkan PAS sekaligus konsisten mengukuhkan gabungan baru pembangkang demi mengalahkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata PKR sepatutnya terus mengukuhkan Pakatan Harapan daripada terus mahu bekerjasama dengan PAS yang didakwanya pernah mengkhianati parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, PKR perlu mengingati kembali bagaimana PAS menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, meletakkan calon di 5 kerusi yang ditandingi PKR dan menolak untuk mengarahkan ahli memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

"Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi oleh PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR?

"Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar Ibrahim?

"Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?" soal Faiz yang juga anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Nor.

Faiz mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang percaya partinya akan terus mendapat kerjasama daripada PAS walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan.

Menteri besar Selangor berkata, PKR akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai agenda sama termasuk PAS atau mana-mana parti lain sekali pun. (Sumber mk.)


0 Response to "Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi oleh PAS?"

Post a Comment