Terkini

Mohd Afiq bin Ayob lapor SPRM kes rasuah , mana pergi HIBAH Kelantan.

Isu rasuah di Kelantan, timbul persoalan mana pergi badan seperti HIBAH  diKelantan.Kemudian timbul lagi pertanyaan kenapa UMNO tidak menyerang kerajaan Kelantan.


‪#‎LAPORAN_RASUAH‬ KEPADA SPRM TERHADAP SEORANG ‪#‎EXCO‬KERAJAAN ‪#‎KELANTAN‬ DAN SEORANG ‪#‎BERGELAR_DATUK‬ BERALAMAT DI ‪#‎ISTANA_NEGARA‬ BERKAITAN AKTIVITI ‪#‎PEMBALAKAN‬

Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.

Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan

■ Pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri

■ ‘Sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya

■ Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan

■ ‘Sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri

■ ‘Sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan

■ Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

■ Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)

■ Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.

Mohd Afiq Bin Ayob
27 Okt 2015


1 Response to "Mohd Afiq bin Ayob lapor SPRM kes rasuah , mana pergi HIBAH Kelantan."

  1. Oppps....lubang sudah pecah! Sekarang satu Mesia sudah tau yang puak2 serban ni pong 2x5 je dengan abang kembar diaorang iaitu UMNO. Rasuah? Duit? Setakat pakai jubah dan berserban tak memjamin seseorang tu kalis rasuah. Maka apabila Allah SWT telah membuka tabir yang menutup pekung puak2 "suci" ni dengan mentakdirkan satu banjir besar yang belum pernah berlaku sebelum ini dan membawa keluar semua kayu2 balak yang tersorok kat hutan nu, satu Mesia pun kenallah akan rupa sebenar "ulamak2 PAS" yang berserban dan berjubah tetapi Islamnya tah kemana!

    Adakah satu kebetulan atau perkara yang normal apabila ulamak2 PAS ini semakin hari semakin kelihatan saling tak tumpah seperti ahli2 UMNO? Tidak kah pelik apabila semakin mereka bercakap dan bertindak semakin mirip muka mereka dengan UMNO? Adakah ini bukan atas kehendak Allah? Mengapakah semakin hari semakin kucar kacir tingkahlaku mereka? Bukankah mereka mengaku sebagai alim ulamak? Mengapakah adab mereka ibarat hampas, mengapakah percakapan selalunya kosong tanpa butir mahupun fakta dan mengapakah akhlak mereka hodoh dan menjelikkan? Bukankah para ulamak sentiasa dalam pemeliharaan Allah Azzawajala? Mengapakah mereka sepertinya sudah terkeluar dari pemeliharaan yang sempurna itu? Apakah yang menyebabkan ianya terjadi? Adakah kerana EGO atau WAHAN atau kedua2nya sekali?

    Apa2 pun, rasanya ramai orang islam yang berasa jengkel dengan perangai "ulamak2" ni. Mereka bukan hanya menghodohkan diri mereka bahkan mereka juga telah merosakkan kesucian dan ketinggian Islam itu sendiri. Jika begini rupa Islam yang mereka pamirkan, bolehkah orang2 bukan islam menaruh keyakinan pada Islam dan kesyumulannya? Jika mereka mengikut nafsu dan hati dalam menghukum dan mentakfirkan sesama muslim, mahukah orang2 bukan islam menerima hukum2 islam dengan rela dan berlapang dada? Sikap ulamak2 ni saling tak tumpah seperti sikap Jakim dan Maiwp yang bertindak melampaui batas dalam mendakwa dan menghukum (rujuk kes Nik Raina). Alasan mereka adalah jahil sekali iaitu bila islam itu benar maka apa sahaja halal walaupun ianya tidak menepati undang2 mahupun peri kemanusiaan. Kita mahukan mereka2 INI melaksanakan undang2 di Mesia? Ia seperti menyerahkan urusan pentadbiran kepada sekumpulan samseng jalanan yang berpegang kepada undang2 rimba iaitu siapa kuat dialah raja dan sesiapa yang berkuasa maka kebenaran adalah miliknya"! Den tak mau!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete