Terkini

Tajuddin Rahman kalau berani lempang Lim Lip Eng, YB DAP.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mencabar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman untuk "melempang" beliau pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Pemimpin DAP itu berkata, cabarannya itu susulan daripada tindakan pemimpin Umno itu yang mempertahankan kenyaaan lempangnya hanya ditujukan kepada kaum Cina.

"Kalau berani lempanglah saya pada 19 Oktober nanti, apabila Parlimen bersidang kembali. Ini cabaran saya kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman, apabila timbalan menteri Umno ini berhujah amaran lempangnya tempoh hari ditujukan kepada orang Cina DAP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata rakyat pastinya teruja mahu melihat sama ada beliau akan menerima nasib yang sama sepertimana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sri Delima Pulau Pinang RSN Rayer.

Wakil rakyat Pulau Pinang itu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengucapkan perkataan "celaka Umno" pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Apa-apa pun, saya mahu mencabar Tajuddin, sekiranya beliau benar-benar anak jantan, supaya mengulangi ugutan mahu melempang orang Cina itu di dalam Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang minggu hadapan.

"Saya sedia menanti, sekiranya Tajuddin akan berani mengulangi ugutannya itu di Dewan Rakyat, terhadap rakyat yang menjadi majikannya sendiri. Lempanglah saya kalau berani, biar rakyat jadi saksi betapa rendahnya akal budi seorang timbalan menteri," katanya.

Pada masa sama beliau juga turut menasihati Tajuddin supaya mencontohi akhlak dan peribadi pemimpin-pemimpin Melayu-Islam yang diingati sejarah kerana keluhuran budi pekerti mereka, bukan kerana sikap samseng dan kerendahan budi pekerti. – 12 Oktober, 2015

- sumber MI.


0 Response to "Tajuddin Rahman kalau berani lempang Lim Lip Eng, YB DAP."

Post a Comment