Terkini

Takkan YB Iskandar tak tahu hujung pangkal Ibrahim Ali jumpa Haji Hadi.

Mahfuz Omar puji Iskandar Samad yang tidak mahu bekerjasama dengan  Perkasa.Hairan juga Iskandar sebagai Naib Presiden lekas betul buat kenyataan.


TOLAK KERJASAMA PERKASA,TINDAKAN TEPAT DAN BIJAKSANA PAS SELANGOR.

1. Pertama saya ucapkan tahniah atas pendirian yang diambil oleh PAS Selangor melalui kenyataan YB Dato' Iskandar Samad Pesuruhjaya PAS Selangor yang menolak sebarang kerjasama dengan kumpulan Perkasa yang membawa sentimen perkauman.

2. Saya percaya penolakan kerjasama dengan Perkasa oleh PAS Selangor setelah mengambil kira sentimen penolakan rakyat Selangor daripada pelbagai kaum terhadap Perkasa yang dilihat terlalu membawa sentimen politik perkauman sempit yang boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama yang ada dinegeri Selangor.

3. Saya percaya PAS Selongor melihat sebarang bentuk kerjasama mahu pun apa apa ketetapan atas apa jua isu bersama Perkasa tidak ubah seperti pepatah Melayu yang menyatakan "Untung secupak rugi Segantang".

4. Kepada semua pihak khususnya parti-parti politik berhati hati dengan agenda politik sempit yang cuba dibawa oleh pihak tertentu untuk mengujudkan pemikiran kononnya kerajaan pemerentahan Melayu dan Pembangkang Cina di Malaysia. Pemikiran ini sangat merbahaya kepada masyarakat Majmuk di Malaysia. Pemikiran ini hanya sekadar untuk menyambung hayat politik Umno yang berada dalam keadaan Nazak. Kepada umat Islam marilah kita pamirkan Islam Rahmat untuk semua.

5. Saya menyeru pada semua parti-parti politik khususnya parti pembangkang untuk bersatu dalam satu pasukan untuk melakar landskap politik baru Malaysia tanpa politik perkauman sempit demi masa depan anak cucu dan Malaysia tercinta.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.
SALAM HIJRAH 1437
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
14 Okt 2015/1Muharram 1437H

1 Response to "Takkan YB Iskandar tak tahu hujung pangkal Ibrahim Ali jumpa Haji Hadi."