Terkini

Terima kadih R.O.S lulus guna nama Parti Amanah Negara

KENYATAAN MEDIA


TERIMA KASIH ROS, PARTI AMANAH NEGARA KINI SAH BERGERAK SEBAGAI PARTI POLITIK 

www.amanahnegara.org

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), khususnya Ketua Pengarah Datuk Mohammad Razin Abdullah, atas kelulusan penggunaan nama Parti Amanah Negara.


2. Dengan pengumuman beliau kepada media semalam, maka telah sah bahawa Parti Amanah Negara kini adalah sebuah parti politik berdaftar dan boleh memainkan peranannya selaras dengan hak yang diperuntukkan perlembagaan, seperti parti-parti politik lain.


3. Sejak dari awal, ROS telah memberi kerjasama sangat baik kepada kami dan kami juga sangat menghormati sikap profesional yang ditunjukkan mereka. 


4. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia, di atas pengorbanan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak kami sehingga penubuhan Parti Amanah Negara akhirnya dapat direalisasikan.


5. Setinggi-tinggi penghargaan juga kami rakamkan kepada semua pihak yang telah menyumbang apa sahaja dalam usaha menjayakan kewujudan parti ini.


6. Tidak ketinggalan juga, kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada parti politik, NGOs dan individu prihatin, yang telah memberi sokongan dan dorongan berterusan kepada kami sejak daripada awal sehinggalah parti ini diluluskan.


7. Akhir sekali, mewakili Parti Amanah Negara, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama kami melakar politik Malaysia baharu dengan pendekatan inklusif dan progresif menerjemahkan "Islam Rahmat Untuk Semua".


HJ MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
3 Oktober 2015

1 Response to "Terima kadih R.O.S lulus guna nama Parti Amanah Negara"

  1. kah kah kah.. pening aku degan peramal togel ni.. pergi la serang blog omakkau tu. kat sana hit lg tinggi...

    ReplyDelete