Terkini

Tolak Bajet Najib, Najib pun tersingkir.

"Ada cara nak bawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, tambah-tambah lagi perdana menteri turut menjawat jawatan menteri kewangan. Gunakannya sewaktu pembentangan bajet," katanya dalam  Shahrir Samad di Parlimen semalam.


Veteran Umno itu berkata, sekiranya Bajet 2016 gagal diluluskan di Dewan Rakyat, secara automatik perdana menteri akan melepaskan jawatannya.

Shahrir berkata tanpa kelulusan, bajet yang dibentangkan tidak dapat diluluskan dan kerajaan ketika itu ditafsirkan tidak dapat bergerak kerana tiada sumber kewangan.

"Kalau bajet tidak lulus, kerajaan tiada, kewangan tiada, macam mana kerajaan nak ditadbir membayar gaji dan peruntukan kalau bajet tidak lulus?

"Ini bukan saya cadang. Itu konvensyen dalam Parlimen. Kalau bajet tidak lulus itulah tanda tidak ada sokongan kepada parti pemerintah," katanya.

- Sumber MI.



0 Response to "Tolak Bajet Najib, Najib pun tersingkir."

Post a Comment