Terkini

Tol:Dr Zuhdi AJK kesayangan Haji Hadi jadi jurucakap UMNO.



PENGHAPUSAN TOL HANYA LANGKAH POPULIS PAKATAN HARAPAN

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat hasrat Pakatan Harapan (PH) seperti yang diumumkan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, mahu menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang sekiranya PH memerintah negara sebagai langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat. Langkah itu bukan sahaja dilihat populis, tetapi tidak realistik, apabila sumber alternatif yang dicadangkan untuk membiayai penyelenggaraan lebuhraya itu datang dari cukai jalan.

Cadangan PH itu dilihat sebagai populis kerana kerajaan Pulau Pinang yang diisytiharkan baru-baru ini sebagai kerajaan PH, sehingga hari ini tidak mampu untuk menghapuskan tol atau mengurangkan kadar tol yang ada di negeri tersebut. Walaupun PH boleh memberi alasan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa terhadap konsesi lebuhraya, jika mereka benar-benar ingin meringankan beban rakyat Pulau Pinang banyak ikhtiar yang boleh diambil, sebagai contoh mengeluarkan sejumlah peruntukan tertentu dalam bajet tahunan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol setiap hari untuk pergi bekerja.

Cadangan supaya sumber alternatif untuk menyelenggara lebuhraya diambil dari cukai jalan bukan sahaja tidak realistik, tetapi juga tidak adil kepada rakyat khususnya golongan bawahan yang tidak atau jarang menggunakan lebuhraya. Ada tiga negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai lebuhraya, tetapi mereka perlu membayar cukai jalan yang kemudiannya digunakan untuk menyelenggara lebuhraya. Dengan kos penyelenggaraan lebuhraya yang tinggi, sekiranya hasil daripada cukai jalan tidak mencukupi, adakah ini bermaksud kadar cukai jalan nanti perlu dinaikkan.

Selain daripada itu, lebuhraya-lebuhraya di Malaysia semakin kerap digunakan oleh warga asing yang membawa kenderaan peribadi mereka memasuki negara ini. Sekiranya langkah menghapuskan tol diambil oleh PH nanti, adakah ia bermaksud warga asing boleh menggunakan kemudahan kelas pertama negara ini dengan percuma, sedangkan rakyat bawahan yang tidak pernah menggunakan kemudahan ini terpaksa membiayai penyelenggaraannya melalui cukai jalan yang dikenakan ke atas mereka.

PPP melihat hasrat menghapuskan tol seperti ini bukan langkah yang terbaik, kerana ia bukan sahaja tidak adil kepada pembayar cukai jalan yang tidak menggunakannya malah akan menyebabkan pekerja-pekerja berkaitan lebuhraya boleh diberhentikan kerja secara beramai-ramai. Pendekatan PAS dalam isu kutipan tol ini bukan dibuat secara semborono, sebaliknya kita akan berunding dengan rakyat akar umbi melalui platform KONGRES RAKYAT agar penyelesaian menang-menang dapat dicapai. Diyakini KONGRES RAKYAT akan memperhalusi perkara ini dan akan mengeluarkan polisi alternatif berkaitan dengannya bila tiba masanya kelak.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

21 Oktober 2015
8 Muharram 1437

8 Responses to "Tol:Dr Zuhdi AJK kesayangan Haji Hadi jadi jurucakap UMNO."

  1. apa agaknya kongres rakyat cadang nanti. kalau begitu jalan kat sabah sarawak pun jangan buat dari cukai sebab orang semananjung pun tak guna jalan kat sana. Nak buat apa kita buat benda yang kita tak guna. kalau itu la maksud zuhdi.

    ReplyDelete
  2. PAS telah berjaya mengantikan Umno.

    ReplyDelete
  3. Butuh dan Kebutuhan Rakyat akhirnya di jawap oleh penyanyi pujaan Parti Pas.

    Memang Kepala.......

    ReplyDelete
  4. Minyak naik barangan keperluan pun naik, tol naik barangan keperluan pun turut naik. Berapa kali mahu naik da..................

    ReplyDelete
  5. Kalau PAS perintah negara ini dan ikutkan akal kepala vutoh Dr Ngok ini, bukan sahaja tol tak perlu dihapuskan...kegiatan merembat balak juga tidak perlu diberhentikan...

    ReplyDelete
  6. Kepala hotak pas dah mereng beb......kalau macam ni ka pimpinan ulamak punya pendapat......sah pas akan jad pis pru nanti.

    ReplyDelete
  7. ALASAN PEKERJA TOL DIBERHENTIKAN AMAT SESUAI...SEBAB SEKARANG PUN PLAZA TOL DA TAK ADE PEKERJA KUTIP TOL KERANA SEMUA PLAZA TOL GUNA TOUCH AND GO DAN SMARTTAG....KAH..KAH..KAH,,,PAS DA GANTI UMNO...

    ReplyDelete