Terkini

YB PAS tak suka Lim Guan Eng, contoh pemimpin yang ada integriti.

Lagi satu doktor dalam PAS yang berhujah berdasar emosi marah, bukan berdasar hujah berfakta.


KUALA LUMPUR - Pas tidak hairan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) terus ‎ mengangkat nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana parti itu didakwa sudah sedia maklum telah mengikt telunjuk DAP.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At- Takiri berkata, oleh yang demikian Amanah tidak perlu 'malu-malu' untuk menonjolkan pendirian sebenar mereka.

‎"Pertama saya nampak memang parti serpihan Pas ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang berkata Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.

Salahuddin berkata, Guan Eng adalah contoh mewakili orang bukan Islam kerana mempunyai integriti.

Susulan daripada itu, Mohd Khairuddin meminta supaya orang Islam berhati-hati dengan permainan politik yang dilihat membelakangkan perjuangan Islam.

"Dalam kaedah Islam, kita (Pas) ada prinsip, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam, barulah kita menolak idea (Baru Bian) sebagai Ketua Menteri (sebelum ini).

"Sebab dia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan Ketua Menteri yang bukan Islam..

"Kaedah Islam ialah mesti difahami bahawa Pas tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain" jelasnya.

Beliau berkata, Amanah sudah mula akur kelemahan parti itu yang tidak mempunyai jaminan untuk menang di dalam pilihan raya akan datang.

Beliau turut memberitahu pimpinan Amanah bukanlah pilihan yang tepat untuk orang Islam memberi undi kepada mereka.

"Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang), kita sebagai orang politik perlu kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.

"Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi dengan serpihan Pas ini," katanya

8 Responses to "YB PAS tak suka Lim Guan Eng, contoh pemimpin yang ada integriti."

  1. Orang ramai juga kena berhati-hati dengan orang yang berjubah, berserban, berkopiah, berjanggut dan mengelar diri mereka ustaz, kiyai, tuan guru dan sheikh. Ada diantara mereka (ramai bukan sedikit) yang menggunakan ugama untuk mendapatkan duit, harta dan kesenangan hidup. Dikata berjuang untuk Islam tetapi bila rakyat teraniaya mereka diam dan kadangkala hilang. Kalau kutip duit berhantu!! Pengikut naik basikal, naik kapcai buruk, duduk dirumah buruk, kerja tak tentu, sedangkan silebai kehulu kehilir dengan kereta besar. Bila nak mengundi saja baru nampak. Sebut ayat suci Al Quran laju semacam, sama laju dengan mencapai sampul duit orang ramai!!! Jangan ingat penyamun pakai jeans dan t-shirt saja, zaman sekarang penyamun yang pakai jubah pun melambak juga!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat....hati para sahabat...holongsn ni yang paling bahaya...dari kafir....kafir pun berhati perot....

      Delete
  2. Memang benar sesuatu kejadian yang menimpa ditakdirkan “tersirat” bersama pengajaran kepada yang terlibat..dalam soal PAS ini kesedaran timbul dalam keadaan yang sangat pahit untuk ditelan mahupun diluah, seperti juga yang telah dan sedang berlaku kepada UMNO...PAS pada suatu ketika sangat teringin “berladang bercucuk tanam” dalam kawasan “kandang babi” DAP sehingga mengenepikan pandangan dari sesiapa jua malah ahli sendiri bahawa itu adalah najis berat…para pemimpin PAS memekakkan telinga kepada hukum “kafir yang menentang kamu kerana agamamu” adalah kafir harbi kerana DAP dengan sangat jelas serta lantang sangat menentang perjuangan Negara Islam dan hukum Islam PAS tambahan pula DAP ini merupakan tangan asing pengkhianat yahudi “.. Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. kaitan atau rantaian belakang tabir puak pembangkang ini ialah organisasi pro-demokrasi di Amerika Syarikat dengan tali barutnya di Malaysia..segalanya ada dalam media alternatif dan bukanlah lagi satu rahsia..malah satu buku setebal 131 halaman telah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009..rupanya sudah habis seluruh pelusuk negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN”… gerakan evangelis global, sedang merancang sesuatu untuk menggugat kestabilan negara sekaligus menggugat keharmonian antara kaum yang sedia lama terjalin di Malaysia..dalam bab Dominionism and ChristianZionisme in Malaysia, Ian Buchanan mendedahkan statistik sebanyak 70% penganut Kristian di Malaysia adalah Evangelis. Gerakan Evangelis ini dipengaruhi agenda global imperialis barat dan Yahudi, faham mereka adalah Christian Zionism dan Dominionism. Walaupun tidak semua Evangelis di Malaysia berfahaman ekstremis begini, tetapi trend yg meningkat saban tahun membimbangkan …samada PAS sedar atau sengaja mendiamkan diri mengenai apa yang dilakukan DAP untuk mengkucar-kacirkan PAS/Islam… “Dari awal lagi ketakutan utama kafir harbi DAP ialah perpaduan dua parti yang kuat iaitu UMNO dan PAS..sebab itu DAP sanggup bayar pemimpin PAS sendiri agar kempen membenci UMNO meresap ke dalam jiwa orang PAS hingga ke tahap sesat “"lebih rela makan babi dengan Limguaneng dari makan ayam dengan najib"..”Setiap bulan Mat Sabu akan diberi RM15,000 oleh DAP. Mat Sabu pernah mengaku kpd CN Afghani, ‘ada pihak tolong bayar’, bila ahli seumur hidup Pas itu membangkitkan isu kereta baru Honda CR-V yg dipakai oleh Timb. Presiden Pas itu. Pada November tahun lepas, bekas blogger reformasi, Ibrahim Baba (IB) mendedahkan sekurang-kurang terdapat 10 individu kanan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dibayar DAP setiap bulan”..jadi LGE sangat yakin seluruh PAS telah berada dibawah tapak kaki kafir harbi tetapi tiba2 isu hudud masih dibangkitkan oleh Hj Hadi, ramai pulak dalam PAS yang menyokongnya”

    ReplyDelete
    Replies
    1. akmy aku kalau si afganistan tu cakap 10 15 aku tak pecaya. cuba sebut sapa dia yang DAP bayar bulan. hang jangan cakap takde bukti. sedangkan kat akhirat nanti allah nak hukum pun dia tunjuk bukti.IB sebut la nama jangan main macam presiden PAS cakap secara umum. sedangkan kalau kita cakap ada orang memang dia amksudkan seseorang. ingat kalau salah petikan hang camne nak minta maaf nanti. dedahkan la apa yang si Ib cakap dengan nama.

      Delete
    2. Bro..bgn tido tu..gi basuh muka..dh siang ni..mimpi lama sgy dh tu..hahaha

      Delete
    3. kalau gua diberi pilihan...lebih baik pilih kafir dari munafik.....lu org faham kan

      Delete
    4. kalau gua diberi pilihan...lebih baik pilih kafir dari munafik.....lu org faham kan

      Delete
  3. sian akmi ni..ko ni cakap ikut kepala lutut..buat penat ko menaip jer..dan buat bazir masa aku baca ...dahh..jng lupa makan ubat tuuu...

    ReplyDelete