Terkini

Gejala fahaman ekstrimisma di Malaysia-Dr Mujahid.

Kenyataan sebenar YB Dr Mujahid Yusof Rawa

GEJALA PENULARAN FAHAMAN EKSTRIMISMA DI MALAYSIA

Peperangan ke atas terorrisma yang dilancarkan masyarakat dunia nampaknya tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kebangkitan ISIS dan letupan Paris yang terkini membuktikan dunia memerlukan nafas yang panjang untuk mendepani isu kegiatan terror yang menjadikan orang awam yang tidak berdosa sebagai korban.

Kegiatan terror berakar umbi dari faktor yang menyuburkannya dan asas kepada tapak yang membina fenomena ini ialah ekstrimisma dan tiada toleran dalam kepelbagaian. Walaupun fahaman dan kecenderungan ektrimisma atau sikap melampau ada berkait dengan Islamofobia dan peperangan yang berlaku di Asia Barat namun apa yang lebih bahaya ialah aspek ideologi yang membentuk corak ekstrimisma sebagai satu sikap dan kepercayaan.

Menularnya ideologi ekstrimisma di Malaysia kini menuntut beberapa persoalan yang perlu digarapkan. Asasnya ialah sebaran secara tidak sedar atau disedari beberapa doktrin di kalangan para pengkuliah dan penceramah agama, antaranya ialah

1. Menganggap jamaah atau kelompoknya yang memiliki kebenaran yang mutlak (absolute truth) lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya. Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran ISIS dan yang seumpamanya.

2. Memilih wadah politik lain dengan meninggalkan parti lama dianggap pengkhianat dan layak mendapat laknat malah memaksa supaya isteri diceraikan berpandukan kepada ikatjanji yang dibuat. Pemikiran ini menjadikan tinggalkan parti politik tertentu dengan memilih wadah lain seolah keluar dari agama Islam. Inilah pelabelan murtad , sesat munafik dan tinggalkan Jamaah yang dikuliahkan oleh sebahagian pengkuliah dan penceramah. Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya ISIS dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat.

3. Penafsiran ayat al Quran dan al Hadith dikupas secara tekstual tanpa melihat konteks yang amat penting dalam disiplin ilmu memahami teks yang dipetik. Begitu juga keterasingan memahami realiti kenegeraan dan perundangan negara dan kedudukan masyarakat berbagai membawa penafsiran literal dari bahan yang dibaca sehingga melahirkan hubungan anti-establisment (anti-negara) dengan negara yang didiami. Maka konsep Islamic State yang sesat fahamannya mudah meresapi pemikiran awam.

4. Menegaskan dan hanya menekankan Islam dalam kerangka Hukuman Jenayah tanpa melihat aspek Syariat dalam kerangka Tujuan Besar Syariat melahirkan pembawaan Islam yang keras sehingga hilang asas Islam yang Ramah dan penuh kemanusiaan. Pembawaan ini mendedahkan masyarakat menjadi ekstrim dalam pandangannya.

Hari ini hasil dan benih ekstrimisma telah menular apabila insiden-insiden melibatkan beberapa ahli Parti Amanah Negara menjadi mangsa kepada pandangan-pandangan ekstrim terhadap mereka. Beberapa laporan polis telah dibuat khususnya di Terengganu dan beberapa insiden lain yang menyebut secara khusus orang tertentu Murtad dan Sesat serta keluar Jamaah yang wajar dihalalkan darah mereka. Begitu juga sesetengah pengkuliah yang mengheret orang awam di mesjid dan surau dengan fatwa-fatwa kecil yang arus bawahnya membentuk corak pemikiran ekstrim. Kami tidak hanya bimbang kepada Ahli Parti Amanah Negara tetapi masyarakat lain pun boleh menjadi mangsa apabila jalur keras ini menguasai pemikiran orang ramai.

Kami menuntut kerajaan supaya lebih sensitif kepada corak pemikiran ini dan proaktif menangani kegiatan pra-terrorisma secara ideologi ini dengan mengambil langkah berikut;

1. Membentuk Jawatankuasa Mendepani Ideologi Ekstrimisma di peringkat Parlimen.

2. Menggesa Majlis Agama negeri-negeri memantau isi kandongan para pengkuliah di mesjid dan surau agar jalur pemikiran ekstrim dibendung dengan menasihati dan membetuli perkara fundamental tentang bahaya Takfiri.

3. Mengusahakan dokumentasi fahaman Fiqh Kenegaraan mengikut metode Malaysia dengan mengambil kira teks dan konteks untuk menangani fahaman literal yang membahayakan keutuhan negara.

4. Menggesa JAKIM menangani secara berkesan fenomena Takfiri dan bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita yang sama.

Kami mengharapakan agar isu ini menjangkau segala fahaman politik dan supaya pihak berwajib tidak mendiamkan diri dengan mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan politik tertentu. Seluruh masyarakat harus menyokong usaha mengawal penularan virus ekstrimisma dan pada waktu yang sama menolak parti-parti politik yang mengiyakan fahaman sebegini dan menyebarkannya di kalangan orang ramai.

Sekian

1. Yb Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia

2. Yb Dato' Raja Kamarul Baharin
Ahli Parlimen Malaysia

24/11/2015
Bangunan Parlimen Malaysia

10 Responses to "Gejala fahaman ekstrimisma di Malaysia-Dr Mujahid."

  1. Habis tu nak panggil apa pd org yg langgar sumpah baiah dan harta wakaf?... nak panggil amanah ke?.. langsung x sesuai.. yg sesuai ialah panggilan yg telah diwar2kan sebelum.ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinjam perkataan hadi... tolol

      baiah disandarkan kpd perjuangan PAS ketika itu.

      oleh kerana perjuangan PAS sudah tersasar dan akhlak islamiah sudah dilanggar ketika sebelum dan semasa pemilihan dgn usaha penyingkiran pemimpin progresif dg cara yg tidak berakhlak, maka dgn sendirinya gugur baiah itu.

      baiiah bukan muktamad selamanya dgn parti PAS.

      kalau satu ketika pemimpin PAS menjadikan PAS sebuah kelab karaoke (misalnya), maka secara automatik terbatal baiah itu.

      islam tidak zalim, org yg berkepentinganlah yg zalim.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. TEHRAN (FNA)- Russian sources revealed on Thursday that the pilot of the Russian Su-24 jet that was shot down by Turkey over the Syrian airspace on Tuesday was rescued in an operation by Iran's globally renowned IRGC Qods Force Commander Major General Soleimani.
    On Tuesday, a Russian Su-24 bomber jet crashed in Syria. Russian President Vladimir Putin said that the plane was downed by an air-to-air missile launched by a Turkish F-16 jet over Syrian territory, falling 4 kilometers (2.5 miles) from the Turkish border.
    The crew of the plane ejected and one pilot was killed by fire from the ground, according to the Russian General Staff. The co-pilot Captain Konstantin Murahtin survived. But the story of how he survived in a land surrounded by various types of terrorist groups for tens of kilometers was unknown until today.
    Emad Abshenas, a reporter for Russia's state-run Sputnik news agency, wrote a piece in the Persian-language website of the Russian agency quoting the entire story from a senior Syrian officer.
    "I contacted one of the Syrian officers who is my old friend and is stationed in Lattakia and asked him to tell me the story, and here is what he said," Abshenas mentioned

    ReplyDelete
  4. 1977 pas keluar dari BN yg mana sebelum itu bertanding atas tiket BN.PAS tak serah pun kerusi pada BN dan tak dipanggil pengkhianat pun.minta pandangan wan rosli.

    ReplyDelete
  5. Itu sebab BN pun akui mmg mereka mengkhianati PAS.. takkan nak panggil org yg dikhianati sbg pengkhianat.. dalam kes PAN, mereka lebih akur pd DAP wpun ketika masih bersama PAS.. di situ sudah berlaku pengkhianatan peringkat satu.. pengkhianatan peringkat kedua ialah bilamana berdiam diri bila DAP memutuskan hubungan dgn tuan presiden.. pengkhianatan peringkat ketiga mereka membela plk tindakan DAP tersebut dgn hujah2 khayalan mereka.. dan berlakulah pengkhianatan peringkat seterusnya yg keempat langgar sumpah baiah dan seterusnya pengkhianatan peringkat kelima langgar harta wakaf dan seterusnya sehingga ke peringkat terkini seorg Dr PAN mengkritik PAS yg pernah dipimpin oleh bapanya sendiri sebagai pengganas atau pelampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengkhianatan peringkat ke enam PAN akan turut menolak hudud jika parti komponen PH menolak hudud..

      Delete
    2. dungu betul la

      hudud sudah jelas permainan umnu yg dilayan oleh PAS

      PAS bermain2 dgn hudud.

      kalau PAN tolak hudud pun apa masalah utk PAS laksana hudud. PAN DAP bukan ada tentera nk serang kelantan laksana hudud.

      jgn bagi alasan yg tidak relevan.

      depan Allah nanti PAS boleh jawab ke bahawa mereka dihalang oleh DAP yg tidak berkuasa utk sekat hudud?

      pengkhianat adalah mereka yg masih berada dalam PAS yg menunjukkan sokongan berlebih2 kpd presiden hingga akan menghancurkan PAS.

      pengkhianat bukan mereka yg keluar utk berjuangan cara mereka. pengkhianat adalah mereka yg masih didalam PAS yg masih ada sehingga saat ini. carilah sendiri mereka itu

      DAP putus hubungan dgn presiden sebb dia suka ponteng majlis presiden. ponteng dan tk berani berdepan dgn rakan sendiri bukan sifat islamik.

      itu sifat ada benda jahat yg cuba disembunyikan.

      bukankah islam itu hujah. bukankah hadi dan pasug hebat berhujah sebb Quran itu hujah. kenapa tk berdialog dgn PR dengan serius hingga jika jelas mereka tolak RUU yg digelar hudud itu, maka barulah istihar secara gentleman utk keluar PR.

      wan rosli @ zuhdi @ moktar snake teruskan lah ulang2 pantun hudud itu. yg penting rakyat makin jelas itu.

      wan rosli bukan rujukan tp peristiwa dan rentetan fakta2 kes yg berlaku itulah yg dicari rakyat utk difahami dlm isu hudud ini.

      wan rosli hanyalah menghibur hati sendiri yg gundah gulana dgn penolakan rakyat terhadap putar belit PASUG.

      Delete
  6. UG ni antara alasan utk jatuhkan presiden pas tp sampai skarang x berjaya..
    Tghh ada tuduh lge lebih byk x hadir mesyuarat majlis presiden pr tp sampai skrg lge x jawab..
    Terbukti kini betul pas putus dgn dap lantaran kini dap jd abg besar dan nk ngajar pkr di penang.. mujur pkr cepat sedar diri.. tinggallah pan yg terpaksa memacaikan diri lantaran x sokongan melayu dan mengharapkan ihsan undi cina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jatuhkan tuang presideng adalah ahlinya sendiri,org luar parti tak boleh jatuhkan..yg walaun terus sokong,yg reti pikir,berbondong keluar pas.
      Tuang presideng tuduh lge?orang tak amik pot kalau tuang presideng tuduh2 sbb dia raja fitnah.ingat tuduhan pil kuda??
      Kalau lge ponteng majlis presiden pun,dia hantar wakil,dan dia tak pernah uturn atau guna veto batalkan persetujuan yg telah wakil dia setujui.
      Bukan mcm tuang presideng,ponteng tp hantar wakil,wakil setuju,dia kona guna veto kepala bana tak berbincang,keputusan sendiri.
      Rosli oii,jgn ulaq bnyk sgt,dap putus hubungan dgn tuang presideng bkn dgn pas.
      Sbbnya semua org tau..

      Delete