Terkini

Nik Amar kerja nafi saja,kali ini tolak fakta Ilham Center.

Majoriti Ahli PAS Kelantan sokong Amanah tidak betul - Mohd Amar

KUALA LUMPUR : 

Hasil kajian Ilham Center yang mendapati sebilangan besar Ahli dan Penyokong PAS di Kelantan mula memberi sokongan kepada Parti Amanah Negara ( AMANAH ) ditolak Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar sebaliknya berkata, kajian dilakukan Ilham Center berkemungkinan hanya dilakukan ke atas individu yang menyokong Parti Serpihan PAS itu.

Beliau pada masa sama percaya hanya segelintir Ahli PAS beralih sokongan kepada AMANAH dan ia berlaku diawal Penubuhan Parti berkenaan yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita ( PAS ) juga mempunyai kajian dan maklumat tersendiri. Ahli PAS hanya menyokong AMANAH di peringkat awal penubuhannya kerana mereka mungkin tidak jelas pada ketika itu dan apabila diberi penerangan, mereka memahami keadaan sebenar".

"PAS juga mempunyai kajian tersendiri dan yakin kebanyakan Ahli masih menyokong," katanya.

Kajian Ilham Center juga menunjukkan kebanyakan Ahli PAS yang beralih arah kepada AMANAH terdiri daripada Golongan Muda, Profesional serta Bekas Penyokong Berjasa dan Hamim.

Ia juga merumuskan lebih 15 peratus Ahli PAS Kelantan menyertai AMANAH sementara 35 peratus lagi masih bersama PAS hanya kerana ingin menjaga hubungan baik dengan Kerajaan Negeri.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar mengulas kenaikan elaun Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri yang menyifatkannya sebagai langkah sesuai dengan kehendak semasa.

Adun Salor, Datuk Husam Musa sebelum ini pernah mempersoalkan kenaikan elaun itu yang akan berkuat kuasa Januari depan di sebalik keadaan ekonomi semasa tidak menentu.

Persidangan DUN Kelantan telah meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri ( Pindaan 2015 ) yang menyaksikan kenaikan elaun ADUN kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

http://www.astroawani.com/berita-politik/majoriti-ahli-pas-kelantan-sokong-amanah-tidak-betul-mohd-amar-79640#

4 Responses to "Nik Amar kerja nafi saja,kali ini tolak fakta Ilham Center."

  1. Kajian pas adalah kajian zuhdi kangkong

    ReplyDelete
  2. X kn nk mngaku bhai..klau si amar ni ngaku..habis semua lari nnti..yg tinggal pn luar nampak hijau tp dlm warna oren..x caya tgu dn lihat..hihi

    ReplyDelete
  3. X kn nk mngaku bhai..klau si amar ni ngaku..habis semua lari nnti..yg tinggal pn luar nampak hijau tp dlm warna oren..x caya tgu dn lihat..hihi

    ReplyDelete
  4. Nik Nafi bin Abdullah

    klu takat nk nafi beruk pun boleh... buktikan lah utk bela diri

    kejayaan besar hadi - bekerjasama dgn umnu utk lumpuhkan PR dan bakal menghadiahkan kelantan kpd umnu

    besar betul jihad hadi maksum ni

    ReplyDelete