Terkini

PERIKSA KERTAS SPM, didoakan tiada lagi guru mati lemas.

CIKGU NORHAYATI SULONG,SEMPAT TANDA KERTAS SPM ,SEBELUM MATI LEMAS.


Ibu dan bapa mereka  telah meninggal dunia akibat lemas Rabu lalu. Bapa mereka Suhaimi Awang 37 dan Norhayati Sulong ,37,mati lemas akibat bot penyelamat mereka terbalik ketika melalui pusaran air banjir yang melanda kediaman mereka di Kampung Geliga Che Akob, Cukai, Terengganu.

Arwah ibu  kanak-kanak ini seorang pemeriksa kertas Sijil Pelajaran Malaysia.Ibu bapa mereka  memindahkan enam anak mereka,Nor Shafiqah Shahira 12, Nor Izzah Insyirah 11, Muhammad Irfan Irsyad, 9, Nor Intisar Izdihar 6, Muhammad Aqil Amsyar 4 dan Nor Adifa Arissa 4 bulan ke rumah  adiknya di Kampung Geliga Intan, berhampiran rumah mereka.

Kemudian ,kembali ke rumah untuk meneruskan pemeriksaan kertas jawapan SPM. Apabila air semakin naik , arwah meletakkan di tempat dijangka selamat  almari tinggi .

Mereka keluar rumah menyelamatkan diri menggunakan bot penyelamat.Malang tidak berbau bot mereka terbalik.Kedua- dua arwah dibawa arus deras.Mayat Cikgu Norhayati ditemui Jumaat  4.05 petang dan Suhaimi 12.10 tengahari Sabtu.

InsyaAllah pengorbanan guru sehingga saat akhir kematian menanda kertas jawapan SPM ini dikira sebagai amal soleh.Semoga keluarga dan anak-anak arwah tabah. Didoakan mereka tidak dipisahkan.
Alfatihah..{SUMBER} 27 dis 2014.

1 Response to "PERIKSA KERTAS SPM, didoakan tiada lagi guru mati lemas."

  1. Pertama kali dengar tanda kertas exam pun dikira amal soleh..

    ReplyDelete