Terkini

AMANAH sokong anak muda ada himpunan aman pada 31 Disember ini.

KENYATAAN MEDIA


KENAIKAN KADAR TOL: RAKYAT TERUS DIMANGSAKAN

www.amanah.org.my

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh usaha anak muda dan aktivis masyarakat yang mahu mengadakan himpunan aman membantah kenaikan kadar tol pada 31 Disember, sempena malam sambutan tahun baru 2016 ini.


2. Sesungguhnya, keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol di lapan lebuh raya pada tahun hadapan bakal menambah lagi beban rakyat yang sedang dihimpit pelbagai tekanan ekonomi.


3. Dengan kadar tambang semua pengangkutan awam dan terbaru tambang komuter dan LRT baru sahaja dinaikkan, ditambah kenaikkan kadar tol pula, ini benar-benar meletakkan rakyat tersepit tanpa pilihan.


4. Mahu tidak mahu, rakyat sebenarnya dipaksa menanggung segala beban ekonomi akibat kegagalan pengurusan kerajaan BN disamping pelbagai skandal ekonomi yang membelit negara.


5. Mewakili AMANAH, saya menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi yang akan berlangsung di Plaza Tol PLUS Sungai Besi pada malam sambutan tahun baru nanti.


6. Akhir sekali, rakyat perlu berani membuat perubahan khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sebagai usaha menamatkan segala masalah negara yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sekaligus menyelamatkan rakyat dan negara ini.

"Harapan Baru"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
30 Disember 2015

0 Response to "AMANAH sokong anak muda ada himpunan aman pada 31 Disember ini."

Post a Comment