Terkini

MKN ceroboh kuasa Yang di-Pertuan Agong isytihar darurat.



Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.

Kerajaan secara tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang itu ketika melalui peringkat dasar, jawatankuasa dan bacaan ketiga sepanjang enam jam hari terakhir Parlimen bersidang

Ia mendapat bantahan keras daripada wakil rakyat pembangkang hingga memaksa perbahasan berlarutan hampir enam jam, sebelum diluluskan melalui undi belah bahagian.

Pembangkang menuntut undi blok semasa peringkat jawatankuasa tetapi dikalahkan dengan 107 undi menyokong manakala 77 undi menolaknya.

Antara hujah keika perbahasan pembangkang adalah bahawa rang undang-undang itu menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.

Tindakan mereka hanya boleh dicabar jika mahkamah memutuskan ia dilakukan dengan "niat jahat".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rang undang-undang itu perlu bagi memudahkan perkongsian risikan serta tindak balas secara bersepadu oleh pasukan keselamatan negara terhadap sesuatu ancaman.

Beliau pada masa yang sama, menafikan tuduhan pembangkang kononnya rang undang-undang tersebut digubal untuk merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong atau bagi memperluaskan kuasa perdana mMenteri.

“MKN kena ada undang-undang kerana selama ini, sejak ditubuhkan MKN hanya bertindak sebagai badan pentadbir sahaja.

“Jadi inilah undang-undang yang bakal menentukan hala tuju MKN untuk menyelaraskan aktiviti risikan dan sebagainya,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan itu.

Bagi pengkritik, rang undang-undang itu juga mencerobohi kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mereka juga khuatir akta baru itu akan digunakan khususnya untuk bertindak tegas ke atas kumpulan atau individu yang tidak sependapt dengan kerajaan.

Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Najib selaku perdana menteri terus dicabar oleh pelbagai pihak.  sumber mk.

0 Response to "MKN ceroboh kuasa Yang di-Pertuan Agong isytihar darurat."

Post a Comment