Terkini

Mat Sabu cakap organisasi itu sudah diresapi pemikiran ala-ISIS.

Mat Sabu membangkitkan isu berkenaan pemikiran ala-ISIS ini sejak beliau menjadi pimpinan PAS lagi. Di dalam ceramah, ucapan perasmian mesyuarat agung, ucapan penangguhan muktamar, dan dalam program tertutup beliau sering menekankan bahayanya pemikiran militan terhadap gerakan Islam. 

Tentu kita masih ingat pesan beliau waktu itu, " ... kita mesti menentang pemerintah yang zalim dengan tangan kosong. Apabila kita mula pegang senjata atau bertindak ganas, kita sebenarnya sudah kalah."

Umum tahu, JK Pas Pusat pernah mengambil keputusan memecat Ust Lotfi, pwmimpin Dewan Ulamak PAS Kedah, kerana terlibat dengan militan Syria. Keputusan itu tidak disenangi dan dikecam oleh ramai aktivis Pas dan kemudian dijadikan salah satu alasan membina sentimen untuk menyingkirkan golongan yg dilabel "Islam liberal" yg menguasai JK Pas Pusat waktu itu.

Ketika Almarhum Ust Lotfi dilapurkan terbunuh di Syria, ramai para aktivis Pas memuji beliau sebagai hero. Malah ada yg secara terbuka mengecam pimpinan Pas yg buat keputusan memecat Ust Lotfi. Aktivis-aktivis inilah yang sedang mendominasikan gerakan Pas di peringkat akar umbi.

Seorang Ahli Majlis Syura Ulamak PAS pernah menulis di dalam FB nya menyatakan sokongan dan rasa gembiranya di atas kemenangan ISIS di Iraq. Status FBnya kemudian dipadam setelah ditegur oleh beberapa pimpinan PAS lain, tetapi beliau tidak menarik balik kenyataan sokongannya.

Hakikatnya Pas mmg tidak ada sebarang hubungan dengan ISIS. Mat Sabu juga tidak kata begitu. Tetapi, pemikiran ala-ISIS sudah meresapi organisasi itu. Ini mungkin sukar untuk dinafikan.

0 Response to "Mat Sabu cakap organisasi itu sudah diresapi pemikiran ala-ISIS."

Post a Comment