Terkini

PAS Kuala Kangsar tak pernah menang pun, sokong bertanding 59 kerusi DUN?



Kenyataan Akhbar
PAS Kawasan Kuala Kangsar

PKR PERLU HORMAT PAS, WAJAR NYATAKAN PENDIRIAN

PAS Kawasan Kuala Kangsar menyambut baik gesaan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Razman Zakaria terhadap PKR agar parti itu menyatakan pendirian mereka terhadap kerjasama politiknya. PKR perlu memilih sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan, ini kerana PAS disemua peringkat tidak boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapanselaras dengan pendirian parti.

Bagi kami, tindakan PKR yang seolah-olah 'makan dua-dua' telah menjejaskan gerak kerja PAS dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. PAS di semua peringkat kini tertanya-tanya apakah hala tuju dan gerak kerja yang perlu dilakukan khususnya di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR.

Sebagai parti yang telah berusia 64 tahun, ujian untuk bergerak sendirian bukanlah satu tekanan dan akar umbi sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Dalam konteks PAS Kuala Kangsar, kami menyatakan kesediaan untuk bertanding di semua kerusi termasuklah Dun Bukit Chandan yang selama ini ditandingi oleh PKR.

Umum mengetahui, PAS tetap berjiwa besar untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuklah PKR sendiri walaupun pernah 'disakiti' dan 'dikhianati'. Beberapa tindakan yang tidak dipersetujui oleh PAS termasuklah konflik Menteri Besar Selangor dan Langkah Kajang disamping 'mencuri' beberapa pimpinan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Mohd Muhammad Taib.

Saya meyakini, PAS Pusat berfikiran matang untuk menghadapi tekanan ini namun PKR perlu menjaga perasaan PAS khususnya ahli-ahli di peringkat bawah yang bertungkus lumus membantu memenangkan calon mereka pada pilihan raya umum lalu.

Hasrat P.AS Perak untuk bertanding di semua 59 kerusi Dun dan 24 kerusi Parlimen di negeri ini disambut baik oleh rakyat yang cintakan demokrasi sihat dan bersih dan PAS Kuala Kangsar mendokongnya.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Yang Dipertua,
PAS Kawasan Kuala Kangsar

1 Response to "PAS Kuala Kangsar tak pernah menang pun, sokong bertanding 59 kerusi DUN?"

  1. Angan2 Mat Jenin! SPR boleh sediakan bakul besar untuk kutip wang hilang deposit nanti.

    ReplyDelete