Terkini

Tuan Ibrahim tunggu AMANAH mengandung di Sarawak, sebab PAS mandul di Sarawak.

DATUK UstazTuan Ibrahim menunggu AMANAH mengandung di Sarawak. Mungkin selama 60 tahun umur PAS, mandul, sebab itu  Tuan Ibrahim mahu tengok AMANAH mengandung di Sarawak.

Berikut laporan dalam Malaysiakini, yang menyindir AMANAH.

PAS yakin mampu menewaskan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung tahun depan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya lagi, sebagai parti baru seperti AMANAH - yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1 Oktober lalu - sukar bagi mereka untuk menang di pilihan raya negeri itu.

"Kita tengok 'mengandung' ke tidak. Kita turun ke Sarawak," sindir Tuan Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

"PAS kita sudah bertanding banyak kali di Sarawak dan bukan mudah bagi satu parti baru untuk menang.

"Bagaimanapun bagi PAS, kita akan bertanding kerusi-kerusi yang PAS akan buat keputusan," katanya lagi.

Tuan Ibrahim mengulas hasrat AMANAH untuk melahirkan ‘anak sulung’ parti serpihan PAS itu pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Pada Sabtu Presiden AMANAH Mohamad Sabu dilapor berkata parti itu bercadang meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu tetapi masih belum menentukan kerusi yang ingin ditandingi.

"Kami akan cuba 'melahirkan' anak sulung kami di Sarawak. Jika kami ada satu, mereka akan panggil anak tumpang," kata Mohamad.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata pilihan raya negeri itu menjadi 'kayu pengukur' sejauh mana DAP boleh menghormati parti lain.

"Kita akan meneliti pilihan raya Sarawak ini, saya fikir penting untuk lihat dari segi tindakan-tindakan DAP yang berlaku sehingga hari ini.

"Saya fikir dia bukan sahaja berkelahi dengan memutus hubungan dengan PAS tapi termasuk juga dengan rakan parti-parti lain.

"Bagi kami, kita akan tengok Sarawak ini sebagai contoh sejauh mana DAP boleh menghormati parti-parti lain.," katanya.

Sumber malaysiakini.

5 Responses to "Tuan Ibrahim tunggu AMANAH mengandung di Sarawak, sebab PAS mandul di Sarawak."

  1. Timbalan cakap A,tuang presideng cakap b,menteri besar ckp c,tapi semua kata PAS kata,pas rasa,pas yakin,bla bla.
    Adakah timbalan atau menteri besar atau ahli.parlimen pas,bila bercakap mengeluarkan pendapat mewakili pas?
    dan kemudiannya tuang presideng dgn veto diktatornya akan sanggah kata2 orangnya sendiri kerana dianggap pendapat peribadi.?
    Tengok saja la pendapat masing2 dalam pas bab undi tak percaya najib,
    Pendapat masing2 bab belanjawan,
    hanya pendapat tuang presideng saja akan dipakai..
    Sepertimana sebelum ini,pas rasa lanun bugis takkan bodoh simpan 2.6b dlm akaun peribadi,
    Pas rasa,pas rasa,
    mmg pas punya RASA tak bleh pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas rasa pan x buleh pakai.. salah ke? Tak kan..?

      Delete
  2. Awat yang nak bergaduh sangat ni?Ini kah caranya seorang ulamak berinteraksi dalam sesuatu situasi yg tidak menyebelahi pihaknya?Umpama2 nikah,cerai,tidur sebantal,mengandung,mandul,anak mati dalam kandungan...amat meloyakan,

    ReplyDelete
  3. PAS PIS PUS..TAIK LIPAS TAIK TIKUS....boleh kojol mcm ni...

    ReplyDelete
  4. Semoga pan x mengajar org sarawak cara2 melanggar sumpah baiah dan harta wakaf ..

    ReplyDelete