Bicara Politik

Bicara Politik
22.1.18 Taiping.
Terkini

Pakatan Harapan minta orang Melayu jangan terperangkap dengan perkauman.

Kenyataan Media
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Dato’ Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Umno semalam yang cuba memainkan api perkauman untuk mengalihkan perhatian dari skandal politik yang sedang beliau hadapi. Antara lain, beliau dilaporkan menggambarkan bahawa sekiranya Umno kalah dalam Pilihanraya Umum 14 (PRU14), negara ini akan ditadbir oleh Pakatan Harapan yang menentang perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputra.

Kenyataan beliau itu tidaklah mengejutkan kerana setiap kali Umno berhadapan dengan krisis, ia akan menggunakan helah menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman dan penjajahan asing.

Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan bahawa ketiga-tiga parti iaitu KEADILAN, DAP dan AMANAH menjunjung sepenuhnya peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah yang berkaitan dengan perkara-perkara penting berhubung kedudukan Bumiputra, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Muafakat ini telah pun ditandatangani bersama di dalam Buku Jingga dan dipiagamkan seperti berikut:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan; dan

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Skandal politik yang sedang menekan Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak ada kena mengena dengan perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputra. Krisis yang melanda Umno sekarang sehingga lunturnya sokongan rakyat kepada parti itu berpunca dari skandal kewangan 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang masih belum dijawab sehingga hari ini.

Helah beliau yang cuba memainkan api perkauman bagi menutup skandal peribadi adalah terkutuk dan merendahkan lagi kedudukan beliau di mata rakyat. Malah, pentadbiran beliau jugalah yang merangka undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan baru-baru ini yang dilihat mencabar kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong bila mana pengumuman yang membolehkan kuasa darurat dilaksanakan kini boleh dibuat oleh Perdana Menteri; bukan lagi terhad kepada pengisytiharan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong.

Pakatan Harapan menyeru supaya rakyat terutamanya dari kaum Melayu tidak terperangkap dengan permainan perkauman. Kami yakin rakyat boleh membezakan permasalahan sebenar dan tidak akan terheret ke dalam permainan perkauman ini yang menjadi tali hayat terakhir Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pakatan Harapan akan terus menumpukan kepada isu-isu penting rakyat seperti kos sara hidup yang meruncing, sistem percukaian yang tidak adil, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan menekankan tata kelola bagi membanteras rasuah yang berleluasa.

11 Disember 2015

TUAN HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH

YB TUAN LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

YB DATO' SRI WAN AZIZAH ISMAIL
Presiden KEADILAN

8 Responses to "Pakatan Harapan minta orang Melayu jangan terperangkap dengan perkauman."

  1. Setuju tu tuan2 majlis presiden.. Org melayu ni hanya perlu bergantung kpd DAP.. itu shj yg org melayu kena ingat..

    ReplyDelete
  2. tuan presideng parti lambang telur penyu mana?

    pengkhianat perjuangan rakyat dia tu

    ReplyDelete
  3. Nak tgk pengkhianat, saksikan di bawah..

    1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan (SEKIRANYA HUDUD DAPAT DUA PERTIGA UNDI DI PARLIMEN MENGIKUT PERLEMBAGAAN AGAK2 DAP SETUJU KE IDAK NI?), Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini (ISLAM SBG AGAMA PERSEKUTUAN, JIKA KERAJAAN NEGERI KELANTAN HENDAK LAKSANAKAN HUDUD DGN AMAN DAN DAMAI DI NEGERI KELANTAN HANYA UTK MUSLIM AGAK2 DAP SETUJU KE IDAK NI?), melindungi kedudukan istimewa orang Melayu (JIKA ORG MELAYU KELANTAN NAK LAKSANA HUDUD SELARAS DGN KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU, AGAK2 DAP SETUJU KE IDAK NI?) dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;

    2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan; (SULTAN KELANTAN SBG RAJA BERPERLEMBAGAAN DAH PUN PERKENANKAN HUDUD DI KELANTAN - AGAK2 DAP SETUJU KE IDAK NI? dan

    3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.. (YANG INI SAHAJA AKU YAKIN DAP ALA KADAR SHJ SETUJU!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hudud dapat dua pertiga undi di parlimen,dap setuju ke tidak,apa masalahnya?
      Adakah.dap berkuasa membatalkan undi dua pertiga??
      Duk main kalau2 ni cerdik ke bangang?
      Sultan mizan dah perkenan hudud utk dilaksana di tganu,apa pasal hadi awang tak buat masa pas berkuasa di tganu dulu?
      Duk becerita pasal perlembagaan negara yg ditulis oleh kapir pastu buat andaian itu ini bijak sangat ke bangang?
      Mana hudud pas?
      ke walaun bangang nak tipu RUU yg hadi canang sebagai hudud alquran?
      Aku pun tentang RUU pas dan juga undang2 syariah negeri2 sebab undang2 tu merapu,langsung tak ikut alquran dan hadis.
      Adakah logik seorg islam yg ditangkap dan dibuktikan berzina cuma kena denda 4 ribu ringgit?
      Di akhirat kelak,dgn sipelaku dah bayar denda 4 ribu ringgit masa didunia,adakah sipelaku tidak akan didakwa dihadapan Tuhan atas perlakuan zinanya lagi?
      Adakah dah selesai dgn bayar 4 ribu ringgit masa didunia dan tak perlu didakwa lagi di akhirat??
      Kalau atas dunia kena hukum denda,akhirat nanti dimasukkan keneraka atas dosa zina,apa fungsi undang syariah negeri2 melayu??
      Nak pau??
      RUU yg hadi nak bawa tu cuma nak memberatkan lagi hukuman syariah ciptaan yg sedia ada,BUKAN hukuman yg ternaktub dalam perlembagaan alquran dan alhadis..
      Sudah2lah merperbodohkan diri dan hendak perbodohkan org

      Delete
    2. Sebab tu kita kena ikut DAP yg kini mengetuai maqasid syariah.. Itulah iqtiqad PAN kini..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Nampaknya maqasid syariah yg dipimpin DAP lebih diimani oleh PAN lebih dari hudud itu sendiri.. Tahniah PANDAP..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete