Terkini

Dulu buat dekat orang, sekarang kena batang tubuh.

Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi. Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap. Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan. TS MUHYIDDIN YASIN.

4 Responses to "Dulu buat dekat orang, sekarang kena batang tubuh."

  1. Allah Maha Kaya dan Allah juga Maha Adil. Apa yang orang lain rasa, sekarang engkau pula rasa. Itu baru didunia, belum lagi diakhirat. Sekarang kau tahulah betapa busuknya hati orang Melayu yang kau telah pimpin selama ini. Giliran Najib akan datang jua!!

    ReplyDelete
  2. Kenapa senyap la ni TSMY. Kemana hilangnya suara2 TS mengenai 1MDB? Hanya TDM saja yg istiqamah bersuara. Yg lainnya cuma hangat2 tahi ayam saja.

    ReplyDelete
  3. Semuanya akan dibuktikan dalam PRU14 nanti. Bersabar TSMY

    ReplyDelete
  4. hidup biar la bermaruah....bermaruah lebih baik dari berharta.....tsmy...jaga la maruah .....

    ReplyDelete