Terkini

Kira okay, parti setahun jagung di Sarawak.

MASA DEPAN AMANAH DI SARAWAK SANGAT CERAH BERDASARKAN SOKONGAN RAKYAT UNTUK SEBUAH PARTI BELUM CUKUP SETAHUN JAGUNG

Amanah baharu sahaja berusia lebih kurang 8 bulan. Dalam PRN Sarawak ke-11 ini, parti Islam pimpinan Hj Mohamad Sabu kini sudah berjaya mendapat undi melebihi 1,000 di Dun N58 Balingian (1,244 undi), di Dun N40 Kabong (1,484 undi) dan di Dun N05 Demak Laut (1,157 undi).

 Sementara lima Dun lagi iaitu Semop, Daro, Gedong, Kuala Rajang dan Muara Tuang mendapat undi melebihi 500 disamping lima lagi Dun yang lain mendapat undi di bawah paras 500 undi. 

Jelas memberi signal bahawa Amanah mempunyai masa depan yang sangat cerah di Sarawak jika dibandingkan dengan parti yang telah begitu lama bertapak di Bumi Kenyalang ini. 

2 Responses to "Kira okay, parti setahun jagung di Sarawak."

  1. Kenyataan penyedap hati.. kecewa walau telah dibantu oleh DAP dan PKR!

    ReplyDelete
  2. Ok lah tu ada penyokong, tak perlu bayar mcm BN.

    ReplyDelete