Terkini

Dato Seri Najib, inilah masa naik harga getah.

ANAK GESA HARGA LANTAI GETAH DI LAKSANA SEGERA

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengalu alukan kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, yang mengumumkan peruntukan sebanyak RM194 juta kepada 388,111 pekebun kecil getah di bawah bantuan khas Kejatuhan Harga Getah. 

Peruntukan RM500 setiap penoreh getah di umum pagi ini di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Peruntukan yang sama pernah diberikan pada tahun 2013 dan 2014 yang lalu.

ANAK melihat isu kejatuhan harga komoditi getah mesti ditangani secara bersepadu dan tindakan yang berkesan kerana ia telah berlarutan sejak 2013 lalu. Memberi peruntukan one of adalah bersifat ad hoc yang tidak memberi impak sewajarnya sebagai formula terhadap derita penoreh getah.

Sejauh mana Kerajaan mempertimbangkan desakan harga lantai sekurang2nya M 3.50-4.00 sekg, yang sehingga ini, harga getah sekerap hanya pada kadar antara RM1.75-2.00. Ia begitu rendah dan mengakibatkan ratusan ribu penoreh getah berada pada tahap miskin?

Plan menstabilkan harga getah yang di umumkan sebelum ini oleh Lembaga Getah Malaysia nampaknya tiada apa apa perkembangan dan petunjuk yang boleh di capai. Sedangkan negara pengeluar lain seumpama Thailand ketika ini menjadi perbandingan atas usaha dan strategi negara mereka yang dilihat jauh lebih berjaya dan nampak kesungguhan @ political will menangani isu kejatuhan harga komoditi getah.

ANAK melihat pengumuman YAB PM lebih kerana PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar dimana terdapat ramai pengundi dari kalangan masyarakat penoreh getah. 

Nampaknya, Kerajaan BN kekeringan idea dan hanya bergantung pada taktik lama semata mata. Pengundi harus bijak dengan erti kata lain; ambil RM500, tapi kekal berpendirian menolak BN dan sekutunya yang bertanding di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Sampaikan mesej dan signal jelas kepada kerajaan BN yang korup ini!

Mazlan Aliman 
Presiden ANAK
10 jun 2016

0 Response to "Dato Seri Najib, inilah masa naik harga getah."

Post a Comment