MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

SPR jangan jadi alat BN- Wan Anwar

Kenyataan Media

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) DIGESA JANGAN JADI ALAT BARISAN NASIONAL (BN

www.amanah.org.my

1. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius aduan daripada petugas AMANAH bahawa SPR telah membuang "billboard" yang mengandungi gambar-gambar pimpinan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan parti yang bertanding adalah Parti Amanah Negara dan bukan Keadilan atau DAP. KANUN menegaskan bahawa tindakan SPR itu tidak mempunyai asas perundangan malah ianya bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (“AKP”).

2. Seksyen 24B AKP menggariskan bahawa setiap calon atau ejen pilihanrayanya berhak membuat apa-apa bahan kempen yang difikirkannya sesuai selepas beliau membayar deposit bahan kempen. Ini bermakna, jika calon berkenaan berfikir bahawa dengan mempamerkan wajah atau logo parti lain yang membentuk Pakatan Harapan akan boleh menarik sokongan pengundi maka ianya adalah tidak bertentangan dengan undang-undang tersebut.

3. Satu-satunya sekatan yang boleh diambil terhadap bahan kempen berkenaan adalah bahawa jika bahan kempen itu mengandungi unsur-unsur mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan sepertimana yang disebut dalam seksyen 4A AKP. Maka mempamerkan wajah pimpinan atau logo parti dalam Pakatan Harapan bukanlah menjadi kesalahan di bawah seksyen tersebut.

4. KANUN seterusnya memohon mana-mana petugas dan jentera parti yang berhadapan dengan isu ini supaya mengambil nama, nombor kad pengenalan dan alamat petugas SPR yang bertindak menurunkan bahan kempen berkenaan supaya satu laporan polis dapat dibuat ke atasnya keranan tindakan itu jelas bertentangan dengan undang-undang. Laporan polis yang dibuat adalah di bawah Seksyen 4 AKP yang boleh membawa kepada hukuman 2 tahun penjara atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali.

5. Justeru, KANUN berharap SPR atau mana-mana penjawat awam yang bertugas di Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsasr supaya tidak menjadi alat kepada Barisan Nasional untuk menjejaskan kempen calon Pakatan Harapan. Sesuatu pilihanraya hendaklah dibuat dengan bebas dan adil untuk memberikan calon yang bertanding peluang yang terbuka dan sama rata.

"Harapan Baru"

WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi 
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara

11 Jun 2016M / 6 Ramadhan 1437H

2 Responses to "SPR jangan jadi alat BN- Wan Anwar"

  1. Kami bkn khadam...dap khadam kami...sbb tu mike semua pakai baju oren kami...tapi of coz la utk sokong hudud kami akan mintak ijin dap dulu. Jadi vote pan and u will helps make dap stronger.

    ReplyDelete
  2. Kami pis,parti islam semalaysia bersaksikan keris besar lagi panjang adalah pencacai umno.
    Tuang guru kami adalah pemakan dedak rahsia dan juga pembesar2 kami juga diberi dedak.
    Kami,pis menipu org kampung dgn cerita hudud,tuang guru kami adalah pakar daripada Tuhan kerana meminda hudud ikut suka kepala dia tapi kami walaun tolol tetap akan wala sebab dijanjikan syurga oleh tuan guru mullah kami yg daoat rasuah dua biji kereta,landrover dan foturner dan sebuah rumah utk bini mudanya(sila rujuk kenyataan peguam zulfahmi dan diviralkn oleh mejar zaidi,kalau tak betul,saman la ye tuang pendekar sarkas)
    Kami walaun2 pis juga berpegang pada dalil quran pindaan ularmak2 kami yg membenarkan maki hamun,melabel org,menfitnah org pil kuda,menipu,menjual nama alqardawi mengatakan parti amanah negara adalah haram.
    Kami walaun tolol parti pis juga tetap menyokong kebaculan tuang presideng kami bila dia penakut nak bersumpah talak bini setelah dicabar oleh hussam musa,padahal tuang presideng sarkas kami yg mulanya mencabar hussam bersumpah.
    Kami walaun tolol dari parti pis juga tetap menyokong tuang presideng sarkas kami yg kerap ponteng parlimen dan memakan gaji buta dan elaun buta tapi tak mengapa kerana hustat2 kami yg pakar dalam agama mengatakan tidak mengapa memakan gaji dan elaun tanpa bekerja.
    Kami walaun tolol dari parti pis juga berbangga dgn ahli parlimen kami yg diam menyepi,tidur,tidak berbahas dalam parlimen kerana mengikut sunnah mullah kami tuang presideng.
    Kami walaun parti pis juga bersetuju dgn pencabulan 1mbd oleh najib kerana tuang presideng kami pun bersetuju dgn tindak tanduk najib.
    Kami walaun dari parti pis berjanji akan berhujah secara tiga suku tanpa fakta di blog2 tidak terkenal,apabila disoal balik diruangan komen,kami terkedu tak tau nak jawab.
    Kami walaun dari parti pis juga dgn ini berasa hanya puak kami yg terpilih sebagai ahli surga.
    Sekian
    Paspispus

    ReplyDelete