Terkini

Apandi , jangan hadir diawal pendakwaan.-Mahfuz Omar.

Apandi Peguam Negara kena hadir  sebagai pendakwa dari awal hingga akhir.jangan sekerat jalan. Jangan membazir duit rakyat.

 BERIKUT Kenyataan Media  YB Mahfuz.

*DAKWA KM LEPASKAN PM TRANSFORMASI BARU PERUNDANGAN NEGARA OLEH PEGUAM NEGARA*.

1.Pendakwaan terhadap Ketua menteri P.Pinang adalah dibawah bidang kuasa Peguam Negara.Saya tidak mahu mengatakan tak boleh dakwa YAB Lim Guan Eng.Kerana saya tidak tahu apa hasil siasatan SPRM yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara.Bagi saya apabila pendakwaan telah dibuat maka terserahlah pada mahkamah untuk mengendalikan perbicaraan dan saya yakin pasukan peguambela Guan Eng mampu menghadapj kes tersebut.

2.Kes ini sebenarnya tidak pun membantu meredakan krisis keyakinan terhadap Najib.Sebaliknya kes pendakwaan terhadap KM P.Pinang akan menimbulkan pesepsi buruk terhadap Najib dan sistem perundangan negara.Bagi saya ini merupakan transformasi baru terhadap sistem perundangan negara untuk menutup kejahatan PM Najib maka dicetus suatu kes yang tak ada kes untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes Najib. *Dakwa Ketua Menteri (KM) tutup fail kes Perdana Menteri (PM)*.Kes yang membabitkan PM Najib sama ada kes RM2.6 bilion atau RM42 juta kes SRC menunjukan bagai mana Peguam negara mengguna kuasanya untuk tidak mendakwa Najib. *Tan Seri Apandi telah bertindak sebagai peguam kepada Najib bukan sebagai Peguam Negara*.Tranformasi bodoh ini akan menguatkan asakan rakyat meminta Najib berundur dan tidak dilepaskan.

BICARA SEGERA.

3.Saya menyarankan untuk perbicaraan ini tidak perlu ditangguh terlalu lama.Perbicaraan mesti disegerakan kerana kes ini membabitkan kepentingan negeri dan rakyat.Banyak urusan akan terganggu termasuk pelaburan asing dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan P.Pinang.

4.Perbicaraan segera diperlukan bagi mengelak daripada ketidakadilan terhadap tertuduh dimana kemungkinan berlakunya *perbicaraan media (trial by media bukanhnya trial by court of law)*.Bagi mengelak ini semua Mahkamah perlu segerakan perbicaraan dan tidak dilihat *mahkamah juga terlibat dalam konspirasi dakwa KM lindungi PM*.

5.Saya cabar Tan Seri Apandi Peguam Negara sendiri yang mengendalikan kes pendakwaan terhadap Guan Eng bukan hanya hadir diawal pendakwwan sahaja. ini bagi *membolehkan pasukan peguambela mempersoalkan keredibiliti dan integriti beliau dihadapan hakim*.

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#DakwaPM

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
1July 2016/26 Ramadzan 1437H

2 Responses to "Apandi , jangan hadir diawal pendakwaan.-Mahfuz Omar."

  1. Inilah yg yaHADI mahu... Bukan main gembira org PIS

    Hadiah hari raya paling bermakna utk hadi oleh Najib.. Skrg ekjs boleh lulus d parlimen dah

    ReplyDelete
  2. Kita kempen #hadiXit pula kerana beliau porakperandakan PR dahulu.

    ReplyDelete