Terkini

Mana satu betul, Anifah Aman kata tiada campur tangan Amerika Syarikat,

Menteri Luar Anifah Aman menjelaskan setakat ini tidak ada campur tangan asing(klik). Sudah ramai pimpinan UMNO  yang pergi merasmikan mesyuarat  sibuk mengatakan  Amerika Syarikat campur tangan ke atas negara Malaysia.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata setakat ini masih belum ada sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal negara ini.

Katanya, siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB belum dianggap mencampuri urusan negara kerana transaksi pelaburan strategik itu tidak dibuat di negara ini sebaliknya di AS.

“Setakat ini tak ada campur tangan asing terhadap negara kita. Tapi saya katakan siasatan oleh DOJ perlu dilakukan secara adil, saksama dan tidak mempunyai apa-apa motif yang lain.


0 Response to "Mana satu betul, Anifah Aman kata tiada campur tangan Amerika Syarikat,"

Post a Comment