Terkini

Nizar saman Razman Zakaria ,19 Ogos, tiada kaitan dengan AMANAH.

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK

www.likeorange.net

NIZAR VS RAZMAN: BIAR MAHKAMAH TENTUKAN

Pemuda AMANAH Negeri Perak tegaskan bahawa kes saman di antara Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Haji Razman Zakaria wajar diadili di Mahkamah dan ianya tiada kaitan dengan Parti khasnya pada 19 Ogos 2016 ini.

Ianya sepertimana kes bekas calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Dimana Shamsul telah membawa kesnya ke Mahkamah dengan menyaman Datuk Seri Hadi sebanyak RM 2 Juta kerana telah memfitnahnya dan kes tersebut jelas tidak membabitkan kedua-dua Parti sehingga kes tersebut akhirnya selesai.

Samalah sebenarnya kes diantara Dato’ Seri Nizar dengan Haji Razman sedangkan kes tersebut sebelum ini bahawa Dato’ Seri Nizar masih bersama dengan PAS dan belum menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) lagi ketika itu.

Bagi Pemuda AMANAH Perak, biarkan sahaja Mahkamah membicarakan kes tersebut sehingga selesai dan yang jelas bahawa kes tersebut tiada kaitan dengan akidah Islam dan agama Islam sepertimana cubaan yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Biar proses Mahkamah berjalan sepertimana yang ditentukan oleh Hakim yang mengadili kes tersebut dimana Dato’ Seri Nizar telah menyaman sebanyak RM 3 Juta terhadap Haji Razman yang telah memfitnahnya.

Pemuda AMANAH Perak mengharapkan Ahli AMANAH tidak terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan provokasi pihak-pihak tertentu seolah-oleh kes saman tersebut seperti pertembungan diantara dua parti iaitu antara PAS dan AMANAH.

Kematangan dan akal yang waras perlu bagi kedua-dua pimpinan tersebut kerana rakyat perlukan pembelaan diatas kezaliman pemerintah dan bukannya lemparan fitnah sepertimana yang telah berlaku dan wajar tumpu musuh yang satu.

�#�HarapanBaru

SAFARIZAL SALEH
Setiausaha,
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak.

5 Responses to "Nizar saman Razman Zakaria ,19 Ogos, tiada kaitan dengan AMANAH."

  1. PAS tetap memusuhi Amanah tak kira apa kamu cakap. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju yong mana boleh berbaik dan pengkhianat

      Delete
    2. Setuju PAS memang bengong!!!

      Orang bodoh mana reti bahasa!!!

      Delete
    3. Kafir harbi tak perlu risau lagi kerana pastinya munafikun akan menawarkan hujah utk mereka..

      Delete
  2. molek... biar sama2 amik pengajaran... tak de sapa yg suka kalau buat fitnah... walaupun ustaz ke atau org2 yg sewaktu dgnnya...

    ReplyDelete