Terkini

Speaker DUN Perak, YB Sivakumar didakwa menang ganti Devamany.

Speaker Dun Perak didakwa dimenangi YB Sivakumar kerana, nama beliau satu-satunya yang telah dicalonlan PAKATAN HARAPAN Perak. Umno /BN didakwa tidak menghantar nama calon  Speaker Dun Perak sebelum  1 Ogos 2016.

Sehubungan itu, YB Lim Pek Har membuat laporan polis , untuk menghalang pihak Setiausaha Dewan menerima pencalonan selepas tarikh tutup.


6/8 - Laporan Polis di IPD, Ipoh bersama Sekretariat Wanita Pakatan Harapan Perak.

Laporan diberikan oleh YB Lim Pek Har:

Saya difahamkan menurut surat rasmi Setiausaha Dewan Negeri bahawa penamaan calon Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah ditutup pada 1hb Ogos 2016.

Saya sesungguhnya percaya bahawa pihak Barisan Nasional tidak membuat penamaan calon sebelum atau pada tarikh tutup tersebut. Ini bererti calon Pakatan Harapan V.Sivakumar telah menang tanpa bertanding. 

Saya mendapati sebarang penamaan calon selepas tarikh tutup adalah satu kesalahan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Saya meminta pihak polis membuat penyiasatan terhadap Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Encik Shahrul Azam bin Shaari, dalam hal ini supaya tidak ada sebarang penamaan calon Speaker dimasukkan selepas tarikh tutup. 

Saya sesungguhnya percaya penamaan calon dibuat selepas tarikh tutup dan/atau belum dibuat oleh Barisan Nasional. 

Dalam perkara ini, laporan media Sinar Harian yang bertarikh 4hb Ogos 2016, YAB DS Zambry Kadir, Menteri Besar Perak telah mengatakan bahawa pihak Barisan Nasional hanya akan mengumumkan calon Speaker sebelum Sidang DUN Perak pada 9/8/16.

Sekian, terima kasih.

1 Response to "Speaker DUN Perak, YB Sivakumar didakwa menang ganti Devamany."

  1. Pergi mengurut sambil guna minyak dan sabun,
    Kaki diurut kerana terasa kebas-kebas,
    Lokasi tempat mengurut ialah di Jalan Karak,

    Kalau Sivakumar jadi Speaker DUN sekalipun,
    Kalau UMNO letak dedak terus shj ADUN2 DAP, PKR dan PAN lompat jadi ADUN BEBAS,
    Tak payah nak nafikan jangan berpura macam tak biasa pulak.

    ReplyDelete