Terkini

Mazlan Aliman dilokap perkara biasa, bantu Mazlan Aliman lawan kezaliman.



SOLIDARITI BUAT MAZLAN ALIMAN

1. Sewajarnya rakyat Malaysia menyanjung tinggi semua usaha membela golongan tertindas yang tidak terbela seperti peneroka Felda yang memerlukan pencerahan terhadap hak mereka.

2. Mazlan Aliman adalah seorang anak peneroka yang bangun memperjuangkan nasib dan perubahan kepada peneroka. Dalam perjuangannya, beliau telah menghadapi pelbagai tentangan dan halangan. Beliau juga dihalang memasuki Sarawak untuk memperjuangkan tanah adat. Turun naik mahkamah, bermalam di lokap juga sudah menjadi parkara biasa bagi beliau. 

3. Mazlan menubuhkan sebuah organisasi rakyat iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan secara sendirian sejak puluhan tahun yang lalu. Berkat kesungguhannya, perubahan minda mula berlaku di kalangan para peneroka Felda walaupun tidak begitu pantas kerana kongkongan pihak berkuasa.

4. Kegigihan dan keberaniannya itu menyebabkan pihak-pihak yang berkuasa berusaha untuk mengekang pergerakan dan perjuangan Mazlan. Beberapa tindakan undang-undang diambil ke atasnya. Tindakan saman yang akhirnya menyebabkan beliau telah diminta membayar tuntutan sebanyak RM500,000 semata-mata kerana tulisan menerusi bukunya bertajuk "Felda... Dulu Tolong Sekarang Along!" yang dicetak oleh Angkatan Edaran.

5. Angkatan Edaran kemudiannya terpaksa menggulung syarikat mereka ekoran saman itu. Sekiranya Mazlan tidak dapat segera mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Bererti beliau tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.

6. Dengan itu kami yang hadir pada hari ini merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau di bawah projek "Solidariri Bersama Mazlan Aliman" dengan sumbangan sekurang-kurangnya RM10. Sumbangan boleh disalurkan ke nombor 564258576644 (Maybank) atas nama PUSAT PENGGERAK MOBILISASI. Sila maklumkan maklumat sumbangan anda ke nombor 017-7709869 (Rahmat).

Terima kasih,

Kenyataan ini disokong oleh;

MOHAMAD SABU 
Presiden Parti Amanah Negara 

MOHD ANUAR TAHIR 
Setiausaha Agung PartiAmanah Negara 

RONNIE LIU
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor

HISHAMUDDIN RAIS 
Aktivis Masyarakat 

TERESA KOK 
Ahli Parlimen Seputeh

DATUK KAMARUDIN JAFFAR
Ahli Parlimen Tumpat

TAN SRI MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB
Bekas Menteri Besar Selangor

18 OKTOBER 2016

2 Responses to "Mazlan Aliman dilokap perkara biasa, bantu Mazlan Aliman lawan kezaliman."

  1. Semoga Allah permudahkan Mazlan Aliman dalam segala urusan yg dihajati..
    Aamiin yaa robbalaalamiin..

    ReplyDelete