Terkini

Mudah-mudahan Anwar Ibrahim bebas.

12 OKTOBER Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha akhir beliau menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan kerana sabitan kes liwat, Datuk Seri Anwar hampir habis menggunakan remedi perundangan untuk memohon dibebaskan daripada pemenjaraan.

Datuk Seri Anwar mahu Mahkamah Persekutuan menggunapakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.


7 Responses to " Mudah-mudahan Anwar Ibrahim bebas."

  1. Dirumah DSAI telah pun berlangsung acara berbuka puasa kerana menghormati 10 Muharam. Selepas solat Maghrib di adakan pula solat hajat dan bacaan Yassiinn. Mari lah kita berdoa agar ALLAH memberi Rahmat NYA keatas apa yang telah di sempurnakan oleh kaum keluarga dan sahabat handai DSAI. Amin, amin, amin YaRabbalalamin.

    ReplyDelete
  2. Aku berharap Ketua Hakim yang agama nye Islam sedar akan apa yang Pemimpin Umngok telah anaiya DSAI.semoga Allah beri Petunjuk pada Ketua Hakim

    ReplyDelete
  3. 1 . Jurutera yang menggunakan ilmunya dengan salah, bangunan akan runtuh..nampak buktinya..
    2. Doktor yang mengunakan ilmunya dengan salah, pesakit akan mati...nampak buktinya..
    3. Hakim menggunakan ilmunya dengan salah, defenden akan teraniaya.. tapi tidak nampak buktinya...

    ReplyDelete
  4. Semuga breder dapat terus sobar...Allah bersama orang2 yg sobar. Yakinlah...

    ReplyDelete