Terkini

BERSIH 05,Kita tidak boleh bertindak kalau tiada pengaduan.-Hj Hadi

KUALA TERENGGANU - Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap beberapa wakil rakyat parti itu yang sengaja hadir ke perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada aduan daripada mana-mana pihak bagi membolehkan tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.

"Terpulang kepada disiplin parti, sehingga ada pengaduan. Kita tidak boleh bertindak kalau tiada pengaduan," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena persidangan Dun di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Terdahulu, Pas menyatakan pendirian untuk tidak menghadiri Bersih 5 sebagaimana dijadualkan, 19 November lalu.
Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat Pas dikesan menghadiri himpunan tersebut bagi menyuarakan pilihan raya bersih dan adil yang diperjuangkan Bersih.

1 Response to " BERSIH 05,Kita tidak boleh bertindak kalau tiada pengaduan.-Hj Hadi"