Terkini

Sertai BERSIH 5, dilanggar ahli PAS, bukannya maksiat dan dosa.

AHLI PAS, JOM SERTAI BERSIH 5

1. Ahli Pas yg berasa perlu dan ingin menyertai Bersih 5, sertailah. Pemimpin Pas tiada hak untuk halang sebab Bersih 5 anjuran NGO Bersih, bukan anjuran mana-mana parti politik. Semua parti politik hanya ikut serta dalam himpunan itu sebagai peserta, bukan sebagai penganjur.

2. Larangan pemimpin Pas untuk ahli Pas daripada menyertai Bersih 5 hanya bersifat pentadbiran saja, bukan larangan syara'. Jika larangan itu dilanggar sekalipun, ia bukan maksiat dan dosa.

3. Jika ahli Pas sertai Bersih 5, pemimpin Pas bukannya tahu sebab mereka tidak akan hadir. Kalau mereka tahu pun, paling tinggi hukumannya ialah pecat. Tapi mereka tak akan pecat sebab Mahfuz, Amiruddin dan Nasir dari Kedah sehingga sekarang belum dipecat walaupun mereka sertai Konvoi Bersih 5 di Kedah.

4. Bersih adalah gerakan rakyat untuk tumbangkan BN. Jika ahli Pas mahu BN tumbang, jom sertai gerakan ini. Semua orang perlu berasa terpanggil dan berkewajipan meramaikan himpunan ini sebagai isyarat kepada BN bahawa rakyat bersedia menolak parti itu dalam PRU akan datang.

5. Jika dipecat daripada Pas sekalipun, tiada sebarang kerugian yang akan ditanggung di dunia dan di akhirat. Bahkan menyertai rakyat teramai dalam himpunan ini dikira sebagai suatu sumbangan untuk negara dan amal terpuji. Setiap amal terpuji ada ganjarannya di sisi Tuhan.

6. Kepada ahli Pas, jom sertai Bersih 5. Abaikan larangan pemimpin anda kerana kehidupan dan masa depan anda ditentukan oleh diri anda sendiri, bukan oleh parti anda. Jika anda tidak bersama Pas sekalipun, ada puluhan parti lain yang boleh anda pilih dalam hidup anda untuk menjadi aktivis politik, bahkan untuk menegakkan kebenaran.

7. Jom ahli Pas, kita sertai Bersih 5. Kita jumpa di sana, In sya Allah.
sumber fb Zolkarnain

6 Responses to "Sertai BERSIH 5, dilanggar ahli PAS, bukannya maksiat dan dosa."

  1. Masa Pakatan Rakyat kuat hebat gah dimata rakyat hampa buat PAS seumpama daun kari. Cuma nak menyedapkan masakan bila masakan dah siap dimasak sedia untuk dihidang hampa buang daun kari dalam tong sampah. Hampa hina presiden PAS aibkan cerca presiden siang dan malam. Hina cerca aib presiden umpama hina cerca aib ahli ahli. Bila hampa dah tak kuat takdak sambutan hampa ajak ahli ahli PAS join bersih 5 . Lu pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman tgna bleh la kata perumpamaam pas daun kari.
      zaman hadi marang,pas dah jadi daun ketum,mabuk,sewel,maki sana sini,label sana sini
      aibkan org munafik tu sgt wajar.
      munafik,kuat bohong,pecah amanah,mungkir janji,cakap berbelit,kaki ponteng,membela pemimpin zalim,membisu di parlimen dan banyak lg..
      kononnya pas lawan pemimpin zalim,orang ajak demo minta pilihanraya bersih pun tak moin ka?
      habis mau pilihanraya kotoq ka?
      ajak demo bantah najib yg zalim bedosa ka?
      takmau join bleh blah la.
      pi mengampu najib dapat upah dedak.tapi walaun bawahan mcm hg sekupang pun tak dapat..
      lebai sarkas atasan bedesup dengan vellfire,range rover hg duk bertempik naik ex5,viva..
      ada akai ka?

      Delete
    2. Laa hang ni betoi ke.. ke aku yang tersilap baca.. mula mula hang kata zaman hadi marang pas dah jadi daun ketum sewel maki sana sini n bla bla...
      .lepas tu aku tengok hang yg lebih lebih pulak dok mengata orang. Hang ni lulusan tanjong ....... ke ? Cakap tak serupa bikin ..bikin tak serupa cakap. Jangan dok melantun sangat aku cuma nak test aje biar kasi sengggat sikit..masa pakatan rakyat kuat hampa tak ingat kat PAS bila dah ada darah tinggi kencing manis lemah jantung baru dok ingat kat PAS. Aku nak bagi hampa sedar dan insaf.

      Delete
    3. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      KLIK-> PESUGIHAN TOGEL

      Delete
  2. Jangan gadoh2...fikirkan kesusahan rakyat terbanyak. Jatuhkan pemimpin yg zalim. Pembangkang sama pembangkang bergaduh, BN yg dapat untung. Cukup2lah..

    ReplyDelete
  3. Cik ct.eilaiza saya tabik spring ...inilah komen yang saya tunggu tunggu komen yang positif komen yang membina kita sepatutnya bersatu hati berlapang dada walaupun berbeza pendapat dan perjuangan dalam menghadapi rejim umno bn yang zalim.sengaja saya panaskan situasi supaya kita sedar dan kembali ke landasan asal.kenangkan kembali susah payah penat jerihnya menghadapi umno bn pada awal 90an buang jauh jauh sifat ego dan penting diri sendiri.kasi sengggat sikit.

    ReplyDelete