MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Tiga Adun PASPerak, tidak mengundi tolak Bajet Zambry.

Kenyataan Media Pakatan Harapan
Perak : -

PAS mengecewakan rakyat kerana tidak mengundi bajet 2017

1. Setelah 5 hari bersidang, DUN Perak berakhir semalam dimana bajet negeri untuk 2017 telah diluluskan. 

2. Yang rakyat perhatikan adalah semasa proses undi, BN mendapat 31 undi sementara blok pembangkang yang mempunyai 28 orang ADUN hanya mendapat 23 undi sahaja. 5 orang ADUN pembangkang tidak mengundi. 

3. Perkara ini boleh berlaku sebabnya ada 3 orang ADUN PAS iaitu ADUN Gunung Semanggol, Titi Serong & Selinsing tidak mengundi, seorang ADUN PAS kawasan Sungai Rapat TIDAK hadir dan seorang ADUN DAP tidak dapat hadir, iaitu ADUN Pasir Pinji kerana beliau ditahan oleh pihak polis apabila menyertai himpunan aman Bersih 5.0. 

4. Rakyat boleh membuat penilaian sendiri dimana setelah bertikam lidah selama 5 hari akhirnya parti PAS mengambil keputusan TIDAK mengundi. 

Maka persoalannya adalah jelas : Apa gunanya rakyat memilih PAS memandangkan mereka sekali lagi gagal mengundi di Dewan Undangan Negeri? 

5. Perkara yang sama berlaku di Parlimen. Setelah berdebat sepanjang 9 hari, PAS juga memilih TIDAK mengundi semasa proses pengundian dikira untuk belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Menteri kewangan Dato Seri Mohd Najib Razak. Malahan presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang GAGAL hadir di dewan rakyat bila proses undi belah bahagian yang begitu penting diadakan. 

6. Kegagalan PAS menyertai Bersih 5.0 pada 19hb November, 2016 juga memberi gambaran yang cukup jelas SIAPA yang mereka dokong & sokong walaupun PAS pernah menyertai Bersih 1, 2 & 3.0. 

Ahli-ahli PAS boleh melihat & menilai sendiri perubahan sikap & pendirian pemimpin parti itu sekarang. 

7. Tingkahlaku parti PAS di kedua-dua DUN & Parlimen memberi mesej yang cukup jelas. Mereka tidak lagi bersama blok pembangkang yang terdiri dari Keadilan, Amanah, DAP dan parti BERSATU. Rakyat tidak boleh lagi bergantung kepada PAS untuk menggantikan BN sebaliknya PAS kini hanya berminat untuk menjadi "penasihat" kepada UMNO. 

8. Demi rakyat, Pakatan Harapan akan terus berjuang melawan kemungkaran dan kezaliman BN. Terpulang kepada rakyat menilai parti PAS. Kami percaya hanya Pakatan Harapan bersama Bersatu mampu untuk menggantikan BN dalam misi kita untuk menyelamatkan negara kita dari Kleptocrat yang sedang merosakkan sistem demokrasi tanah air kita yang tercinta. 

Tarikh : 22hb November, 2016

YB Dato Seri Mohd Nizar bin Jamaluddin
Ketua Pembangkang DUN Perak

YB Tuan Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak

YB Senator Dr Mohd Manuty
Pengerusi Keadilan 

Yang Berbahagia Tuan Hj Asmuni Alwi
Pengerusi Amanah Perak

0 Response to "Tiga Adun PASPerak, tidak mengundi tolak Bajet Zambry."

Post a Comment