Terkini

Agih kerusi cepat, guna satu logo, tinggalkan PAS,

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu perbincangan mengenai agihan kerusi bertanding antara Pakatan Harapan dan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berjalan secara baik.

Beliau yang mewakili partinya dalam jawatankuasa perundingan berkenaan berkata, soal pembahagian kerusi pada pilihan raya yang semakin suntuk itu akan dapat diselesaikan pada kadar segera.

"Saya mewakili PKR dalam jawatankuasa perundingan kerusi, Datuk Seri Mukhriz mewakili Bersatu, Salahuddin mewakili Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.

"Kami menghadapi suasana (rundingan) yang cukup mesra dalam melihat 222 kerusi parlimen ini kita nak agih pada parti mana. Insya-Allah, sebelum pilihan raya, kita dapat selesaikan agihan kerusi dengan baik," ujarnya pada ceramah perdana anjuran Amanah Parlimen Pokok Sena semalam.

#Bincanglah sama guna satu logo lawan BN.Usah berlengah lagi.Nanti anak cucu akan salahkan pemimpin , silap percaturan.Tolonglah selamatkan Malaysia.

4 Responses to "Agih kerusi cepat, guna satu logo, tinggalkan PAS,"

  1. Betul tu cepat2 umumkan hasil perbincangan tu.. PAS nak tgk berapa tambahan lagi kerusi PKR yg boleh PAS bertanding selain dari kerusi PAS pd PRU 13!

    ReplyDelete
  2. Aku cadangkan PH guna bendera PKR seluruh Malaysia.

    ReplyDelete