Terkini

Siti Noor Aishah, anak miskin ditahan dibawah undang-undang kejam.

KENYATAAN MEDIA YB DR SYED AZMAN 

SITI NOOR AISHAH - ANAK TERENGGANU MISKIN DI TAHAN DI BAWAH UNDANG2 KEJAM SOSMA DAN POTA

Kes penahanan Siti Noor Aishah, seorang graduan anak Terengganu telah mendapat perhatian banyak pihak termasuk badan hak asasi seperti SUARAM, SUHAKAM dan badan antarabangsa Human Rights Watch.

Dalam ucapan saya di sidang DUN Terengganu semalam saya telah membangkitkan kes anak kelahiran Dungun ini yang kini ditahan kembali oleh pihak berkuasa.

Siti Aishah datangnya dari keluarga yang miskin. Ayahnya Pak Cik Atam adalah seorang OKU, yang hanya menyara hidup anak isteri dengan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta pencen SOCSO sebanyak RM600.

Siti Noor Aishah, adalah seorang bekas pelajar Universiti Malaya, yang dituduh dibawah SOSMA kerana dituduh memiliki 12 buah buku yang diharamkan.

Beliau menyambung pengajian ijazah di KUIN dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Usuluddin (Akidah) di Universiti Malaya.

Siti Aishah telah dikenakan sekatan rumah, dan dipakaikan Alat Peranti Eletronik (EMD), selepas ditahan kali kedua dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Sekatan ini dikenakan kepadanya selama 2 tahun.

Aishah merupakan anak sulong dari 5 orang adik beradik. 3 orang adiknya, masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat sijil dan diploma, bekerja kilang di Senawang, Shah Alam dan Kerteh. Seorang lagi masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian.

Aishah menjadi harapan keluarga, kerana diberi kesempatan untuk belajar lebih tinggi.

Aishah ditahan pada 22 Mac 2016, jam 12.25 tengah hari oleh sepasukan polis Bahagian Counter-Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, lengkap bersenjata berat M-16, menyerbu kediaman beliau di Dungun, Terengganu.

Diimaklumkan bahawa pihak Polis telah bertanya Aishah; "mana bendera? Mana bom?" 

Aishah kemudiannya dibawa ke IPD Dungun, sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya selama 28 hari.

Apabila tamat tempoh reman 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, pada 19 April 2016, dan dituduh dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana dikatakan memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Aishah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa selama lebih dari sebulan, kemudian dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir 5 bulan. 

Sepanjang perbicaraan berlangsung, Aishah tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Itu adalah prosedur di bawah SOSMA.

Namun pada 29 September 2016, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan supaya Siti Noor Aishah dibebaskan.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku yang dimiliki oleh Siti Noor Aishah itu telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini.

Mengikut ibu Siti Noor Aishah, Datuk Mohamad Shariff secara tegas mengarahkan supaya Siti Noor Aishah dibebaskan dan tidak ditahan semula.

Namun keluar dari mahkamah, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke Malaysia.

Setelah lebih dari sebulan ditahan didalam ‘Solitary Confinement’ di bawah POCA, Aishah diarahkan untuk dikenakan tahanan rumah selama 2 tahun, dan dipakaikan alat peranti pemantauan eletronik (EMD). 

Sepanjang 2 tahun ini, setiap minggu, Aishah perlu melaporkan diri ke IPD Dungun. Aishah tidak boleh keluar dari kawasan sekatan. 

Keluarga miskin ini terpaksa berhutang ribuan ringgit, untuk menampung kegunaan kes Aishah. 

Pada 27 Mac 2017, mahkamah rayuan meluluskan rayuan pendakwaraya untuk kes Siti Noor Aishah.

Kini Aishah ditahan semula di Penjara Kajang.

Saya telah menegaskan di sidang DUN Terengganu bahawa kerajaan negeri mesti memberi perhatian kepada kes Siti Aishah serta turut membantu keluarganya yang miskin ini dari sudut khidmat nasihat guaman dan kemanusiaan.

Semoga anak Terengganu yang miskin ini tidak terus dilupakan.

Saya mendoakan agar beliau terus dibela dan diberikan hak yang sepenuhnya sepertimana mana-mana jua rakyat Malaysia. 

Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Kuala Terengganu.

30hb Mac 2017.

5 Responses to "Siti Noor Aishah, anak miskin ditahan dibawah undang-undang kejam."

  1. Sekiranya berita ini benar, dan Siti Noor Aishah, pd pandangan pihak polis, mesti terus ditahan, maka sewajarnyalah beliau sekali lagi segera dibawa ke mahkamah, dgn dakwaan yg baru, sekurang kurangnya beliau dapat peluang membela diri. Ihsan pihak berwenang, termasuk pihak polis, kementerian dalam negeri dan kerajaan negeri, sangat2 dituntut, memandangkan yg Maha Berkuasa di Padang Masyar sekali pun, memberi ruang untuk pembelaan diri walaupon segala maklumat dan ilmu dimilikiNya secara tuntas.

    ReplyDelete
  2. Harap Dr Syed Azman prihatin juga kpd Siti Zabedah Kasim yg menyatakan kan tuhan wujud melalui getaran tenaga dalaman (lebih kurang maksudnya begitu).. seolah2 mirip sebuah parti politik yg tidak berapa yakin dgn hukum Allah setelah bersekongkol dgn kafir yg secara terang2 menolak hukum Allah!

    ReplyDelete
  3. Anon 3,38 jgn mcm sial mulut tu..ru355 hukum kitab mane laknat..kau ngaji kt mane ru355 wajib..knap hj hadi x bentang sblm ni...2 kali dbagi peluang..jgn bodoh sgt cra kau berfkr...jgn org ckap mak bpak kau x mandi junub..pas da kene kencing dgn umno masih nk sokong hadi lg..bodoh btul kau ni..

    ReplyDelete
  4. Anon 3,38 jgn mcm sial mulut tu..ru355 hukum kitab mane laknat..kau ngaji kt mane ru355 wajib..knap hj hadi x bentang sblm ni...2 kali dbagi peluang..jgn bodoh sgt cra kau berfkr...jgn org ckap mak bpak kau x mandi junub..pas da kene kencing dgn umno masih nk sokong hadi lg..bodoh btul kau ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke di atas tu sebut RUU 355? Salah ke jika dikatakan ada sebuah parti politik yg tidak berapa yakin dgn hukum Allah? Salah ke jika dikatakan sebuah parti politik yg bersekongkol dgn kafir? Dasar Barua DAP!

      Jangan org cakap mak kau tersilap masuk bilik hotel masa berbulan madu sebelum kelahiran kau pulak! G18 @ PAN dah kena kencing sejak dulu dengan DAP dalam Perjanjian Pangkor 2!

      Delete