MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Hudud entah ke mana, DAP jadi bahan.

PAS dan UMNO/ BN buat drama.Yang untung UMNO dapat tongkat untuk terus tegak diberi PAS.

RUU 355  tiga kali tangguh. YANG kena "bahan"DAP. Yang kena puji Pandikar Amin.Yang jadi wira YB Taki.

UMNO terus gah.  RUU355  satu penggal jadi "bahan".Isu 1 MDB tenggelam, Isu Felda bawah karpet. Isu derma 2.6 bilion senyap. ISU KOS HIDUP tinggi, tak pun dibahaskan, Makmal kaji beban hidup rakyat entahke mana, Khairy Jamaludin terus santuni pemuda pemudi.

31 tahun aku dalam PAS , kita berjuang untuk hukum hudud. Alih-alih , wira RUU355 kata, Ruu bukan hukum hudud. SARAWAK nak ikut boleh, Pulau Pinang nak ikut boleh.

Bukankah ini drama!

Isu DAP, memang bahan popaganda, UMNO, Jasa, Kemas dan BTN.Kini dibawa oleh wakil mereka.

6 Responses to "Hudud entah ke mana, DAP jadi bahan."

  1. 31 tahun dok dlm pas mengharapkan kedaulatan undang- undang Islam... Harap2 jgn la pula bila sebulan berbaik dgn DAP tepuk tangan bila DAP hina Islam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr merdeka Pas hanya dok lawan ameno tiba2 sekarang berpelok cium.....ini semua salah DAP.....Dan ATGNA ke kerana tahluf siyasi....???? Dedak oh dedak, iman dihari petang tak sama iman di pagi hari.....dedak o dedak!

      Delete
  2. 👇Sekadar penelitian.

    DAP BAIK...PKR BAIK...PH BAIK...

    ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

    Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

    Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya.

    Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

    Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?

    Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

    Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan ‘Adios Harun Din’. Mereka tak terasa apa-apa.

    Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

    Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

    Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.

    Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.

    Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

    Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.

    Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

    Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

    Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

    TAMBAHAN:
    1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
    2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
    3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
    4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP

    Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP adalah musuh Islam yang Nyata!!!!

    ReplyDelete
  3. Mereka kini sudah selesai konvensyen Pemikiran TGNA.. Soalan aku mudah je.. apakah mereka menyokong atau menentang atau tidak bangkitkan langsung Akta Jenayah Syariah Negeri Kelantan yg telah dimulakan sendiri oleh arwah tu? Kalau tidak langsung dibincangkan bermakna PAS sekarang sedang berhadapan dgn para munafik yg kononnya menyanjung pemikiran TGNA!

    Diharap pihak PAN boleh bagi info samada Akta Jenayah Syariah Negeri Kelantan termasuk dalam skop perbincangan.

    Tadi sempat jengok sekejap live stream tersebut; tak nampak pulak Ustaz Ahmad Awang menyalahkan TGHH dalam isu kerajaan perpaduan di Perak.. cuma yg dibangkitkan hanyalah perbezaan pendapat antara TGNA dan TGHH. Arwah TGNA kata beliau tidak punya kuasa utk buat keputusan dan menyerahkannya kpd Presiden PAS. Bila Presiden ditanya mengenai UG di Perak, jawaban TGHH ialah dia terbuka ikut apa yg terbaik namun hendaklah berurusan dgn Pesuruhjaya PAS Perak terlebih dahulu. Jadi di mana silapnya TGHH dalam isu tersebut. TGNA serah kpd TGHH dan TGHH pula serah kpd UAA.. So kalau UAA tak bersetuju tiada menjadi masalah! Tapi sekarang yg diheboh2kan ialah TGHH yg hendakkan sangat UG di Perak. Harap para pemfitnah dapat memohon maaf kepada TGHH dgn kadar segera!

    ReplyDelete
  4. Bila manusia berakhlak Islam mereka akan menggunakan pendekatan yang baik tanpa menggunakan bahasa caci maki, penghinaan dan fitnah dalam penyampaiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi jika cercaan yg kena pada tempatnya ia memang digalakkan.. barulah org yg dituju mendapat kesedaran bahawa mereka telah melampaui batas.. Kalau masih tidak mendapat kesedaran beginilah jadinya sebagaimana peristiwa kaki kelab malam dan si kafir masing2 boleh dijadikan ketua Maqasid Syariah dan pengerusi mesyuarat EXCO utk belek fatwa negeri. Mana habis pergi lebai2 tokong? DAP masih tak de konfiden lagi ke? Atau masih belum ada kredibiliti sejak Peristiwa Pangkor 2?

      Delete