Terkini

Pecah tembelang,MIC sudah tahu RUU355 tangguh.

Awatlah Presiden MIC boleh bocor rahsia BN. Anggota BN boleh tahu RUU355 boleh tangguh.Sedang Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh pun tak tahu nak bantah, supaya usul RUU355 boleh bahas.Ini tidak suka tangguh, biar berlarutan sehingga PRU14.

Sementara itu,Presiden MIC akui BN tahu RUU 355 akan ditangguh

Keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang Akta 355 yang dibentangkan presiden Pas semalam telah diketahui lebih awal para pemimpin parti komponen BN.

Presiden MIC Dr S Subramaniam berkata, BN sudah membuat keputusan supaya tidak berlakunya pengundian bagi usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 selepas perbahasan dan huraian di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Subramaniam, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan usul persendirian ahli Parlimen Marang itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.

“Keputusannya adalah membenarkan Pas membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam, ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Segamat itu berkata, keputusan itu selari dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN.

Kali terakhir Majlis Tertinggi BN bersidang adalah pada 29 Mac apabila perdana menteri yang juga pengerusi BN mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 walaupun beberapa kali dijanjikan sebelumnya.

Keputusan itu, kata Najib dibuat sebagai menghormati konsensus BN.

Subramaniam berkata, sekiranya Speaker Dewan Rakyat tidak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian tersebut, MIC akan memberikan pendirian dan pendapat mereka berhubung perkara itu.

“Oleh sebab speaker tidak membenarkan perdebatan jadi MIC tidak boleh menyertainya.

“Jika speaker membenarkan pihak lain untuk berbahas, kami akan memberikan pendapat kami daripada sudut pandang Perlembagaan,” kata Dr Subramaniam dipetik The Malay Mail Online.

Presi

0 Response to "Pecah tembelang,MIC sudah tahu RUU355 tangguh."

Post a Comment