Terkini

1MDB:Najib, Nasharuddin dan Amhari , sudah 3 orang dituduh .

Keberanian Rafizi sanggup hilang jawatan YB , menegakkan hak rakyat.Rafizi juga punya keluarga , isteri,dan anak.Tidak semua wakil rakyat seperti beliau, yang penting sehingga kini beliau terus melawan  UMNO dan BN.

TAMPIL MENJELASKAN, NAFI DENGAN AKUAN BERKANUN ATAU SAMAN?

Dalam sidang akhbar oleh Rafizi Ramli sebagai menunaikan janjinya untuk terus mendedahkan aliran wang daripada akuan peribadi Najib Razak yang dananya didakwa berpunca daripada SRC International, anak syarikat 1MDB yang memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP, tiga pihak lagi dinamakan sebagai penerimanya.

Janji Ahli Parlimen Pandan untuk meneruskan pendedahannya mengenai wang SRC International yang diterima Najib setelah sebelum ini menamakan Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas sebagai salah seorang penerimanya.

Tiga penerima yang disebut Rafizi ialah:-

Pertama, Amhari Effendi Nazaruddin, seorang penasihat di Pejabat Perdana Menteri yang dikatakan berperanan membangunkan aplikasi "NajibRazak" dalam telefon pintar serta terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang antara 1MDB dengan IPIC, baru-baru ini.

Beliau didakwa menerima RM2 juta daripada Najib.

Kedua, Najib sendiri yang didakwa membelanjakan RM3.28 juta untuk pembayaran kepada sebuah kedai barang kemas di Itali. 

Rafizi mempersoalkan pembayaran itu untuk pembelian apa dan untuk siapa kerana katanya, "Najib sudah tentu tidak membeli barang kemas di Itali itu."

Ketiga, Yayasan Al-Abrar, sebuah badan yang menganjurkan program "Malaysia Berselawat" pada 7 Disember 2013 di Kuala Lumpur.

Rafizi mendakwa yayasan tersebut menerima RM5 juta melalui akaun peribadi Najib di Ambank Islamic Berhad.

Nama dan jumlah wang yang diterima atau dibelanjakan telah disebut secara jelas oleh Rafizi dan ia tentunya sudah tersebar luas ke seluruh negara ketika ini, termasuk ke pengetahuan makcik Felda dan pakcik-pakcik di kedai kopi.

Sudah barang tentu juga ia sudah pun menjadi modal perbualan mereka sekarang ini.

Ini sudah bahaya!! Lalu, apa yang harus dilakukan oleh tiga nama yang disebut itu?

Setidak-tidaknya tiga pilihan harus dilakukan oleh ketiga-tiga pihak itu - tampil dengan berani menjelaskan mengenai wang tersebut, membuat akuan berkanun menafikannya atau segera menghantar surat saman kepada Rafizi.

Pilihan kini di tangan mereka?

Oppps...dengarnya Nasaruddin Mat Isa yang namanya disebut sebelum ini pun masih belum lagi menyaman Rafizi, walaupun sudah hampir dua minggu melafazkan janji untuk berbuat demikian.

Bila lagi nak saman, Sheikh? 

Dalam masa yang sama, SPRM juga harus melihat pendedahan demi pendedahan oleh Rafizi ini sebagai rangsangan untuk segera bertindak dalam erti tanggungjawab kepada negara serta takutkan Tuhan.

Tidakkah amat memalukan jika SPRM tidak berbuat apa-apa sedangkan pendedahan secara berterusan dilakukan sebagaimana dijanjikan Rafizi dan di ketika yang sama, agensi pencegah rasuah itu terus juga melakukan tangkapan demi tangkapan berkaitan kes lain di sana sini?

Kes yang sudah diletakkan di depan mata oleh Rafizi harap-harap janganlah SPRM diam dan buat tak nampak saja.
Sumber FB.

5 Responses to "1MDB:Najib, Nasharuddin dan Amhari , sudah 3 orang dituduh ."

  1. Baru sebut nama dah nak suruh saman.. bagilah bukti dulu.. penatlah main politik pondan macam ni..

    ReplyDelete
  2. X pe klu x nak saman...mntk sprm buat keje laju2 cmana diaorg buat pada ph..itu aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn buat kesimpulan tak nak saman.. sekadar menunggu bukti.. kalau bukti benar kami akan bertindak. tapi kali bukti yipu atau tiada jgn buang masa kami.. cubalah insaf sikit.. kerana nak melayan fitnah SR PAS terpaksa mengeluarkan RM200K.. tak rasa bersalah langsung ke tuan?

      Delete
  3. Kalau terbukti betul apa y SR publish dlm artikel dia mcm mana pula..hala tuju parti tu skrg jauh berbeza slps ketiadaan ATGNA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course kita akan singkirkan pemimpin yg terlibat.. kita tak mahu pemimpin kita terpalit dgn benda2 kotor termasuk spt Perjanjian Pangkor ll misalnya.

      Delete