MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

8/15 Ahli Majlis Syura AJK PAS, Selangor mereka pening.

TG Hj Hadi 
Tuan Ibrahim 
Us Idris 
Us Nasaruddin 
Us Nik Abduh 
Dato' Bentara Kanan 
Dr Mahfodz Mohammad
Dr At Takiri 

Mereka di atas adalah 8/15 dari ahli Majlis Syura, dan mereka juga adalah AJK Pusat 

MSU (yang dianggotai oleh mereka dan dikatakan kuasa tertinggi) serah kepada JK Pusat (juga yang dianggotai oleh mereka) 



MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah

1 Response to "8/15 Ahli Majlis Syura AJK PAS, Selangor mereka pening."

  1. Lagi senang kita nak bertindak menyingkirkan mana2 pihak yg pro DAP dalam parti!

    ReplyDelete