Terkini

Sikap PAS semakin pelik.

KENAPA Pas SEMAKIN PELIK? ADAKAH INI BAHANA KERANA BERKAWAN DENGAN Umno?

Pecat dulu baru Pas Selangor nyatakan pendirian - tidakkah ini benar-benar pelik?

Pas Selangor dilaporkan akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun mereka hanya jika tiga Exconya dipecat oleh Menteri Besar, Azmin Ali. 

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, dakwaan kononnya semua Adun Pas di negeri itu bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

"Itu tak benar. Nak tahu apa benar, tunggu selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar," kata beliau.

Nak nyatakan pendirian apa lagi?

Kenapa Pas Selangor seolah-olah masih nak mengugut Azmin Ali?

Tidakkah pendirian Pas Selangor sudah diketahui umum iaitu parti itu tiada lagi apa-apa hubungan dengan KEADILAN?

Bukankah Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan KEADILAN yang bermakna 13 Adun berkenaan juga secara automatik tiada hubungan lagi dengan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor?

Kenapa Pas tak habis-habis bermain sandiwara tentang kedudukan 13 Adun mereka di Selangor sedangkan ia sebenarnya tidak perlu dibahaskan apa-apa lagi?

Bila parti sudah tiada hubungan, bermakna 13 Adun Pas juga tiada hubungan lagi dengan KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Walaupun masih duduk sebagai Exco, tidak ada sesiapa yang mengiktiraf tindakan Pas masih bergayut pada jawatan tersebut dari segi moral. Semua orang yang waras akan mengatakan Pas perlu berundur secara terhormat tanpa perlu berlengah-lengah lagi.

Di mata umum, Pas dilihat hanya bertahan semata-mata kerana jawatan, gaji dan ganjaran yang dirasa begitu sukar untuk dilepaskan, bukan kerana perjuangan atau prinsip moral yang mahu dipertahankan.

Kenapa Pas semakin pelik kebelakangan ini?

Adakah ini bahana kerana berkawan baik dengan Umno? 

Atau Pas bersikap pelik sekarang kerana itulah skrip yang disediakan Umno bagi tujuan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan?sumber FB.

6 Responses to "Sikap PAS semakin pelik."

  1. pujuk gertak hina...pujuk gertak hina...pujuk gertak hina...pujuk...itu lagi pelik bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pooooh!
      Perjuangan yang tak bertepi oleh ostad2 cap bulan...semata-mata pertahankan jawatan yg sepatutnya telah dilepaskan dengan rela-hati setelah putus tahaluf siasi dgn semua komponen PH.
      Jenis muka kulit tebal!!!!

      Delete
    2. Jenis tak reti nak bezakan politik kepartian (kerjasama siasah selepas menang pilihanraya) dan politik pentadbiran (dilantik Sultan Selangor)..

      Delete
    3. hehehe politik pulus cemana? huhu macam2 ragam bila bab duit ya..

      Delete
  2. Sejak bila pas ada hubungan dgn pakatan harapan...pakatan rakyat la..sepatutnya klu pakatan rakyat xde...bubarla semua

    ReplyDelete
  3. Poyo punya cara kita berpolitik , rakyat yg teruk melihat engkau orang. Berpolitik bukan sebab nak memartabatkan kehidupan rakyat dan agama tapi semuanya pada kepentingan duniawi. Baik lebai mahupun tidak. Sandiwara yang menjijikkan !!

    ReplyDelete