Terkini

Tauke EZQurban tak pecat pekerja ahli PAS,bagi bonus lagi.

Apa kata Azhar Ab Shukur berkenaan orang PAS mengajak boikot EZQurban, syarikat beliau yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

Saya dan Perniagaan
2,3 hari ni tersebar dari suatu akaun fb yg mndakwa dari PAS Kawasan dotdot dot menyeru agar memboikot perniagaan saya.
Disebabkn serangan itu antara akaun fb PAS dan saya sebagai ahli AMANAH maka saya akan mnjawab sekitar antara 2 parti ini.
Adalah hak mana2 pihak untuk brkempen memboikot mana2 perniagaan atas dasar parti tetapi untuk diri saya sendiri.... saya punya sikap tersendiri terhadap PAS dari sudut perniagaan.

1- Tahun lepas semasa saya brcadang mengerjakan haji, seorang sahabat memperkenalkan kepada satu syarikat travel yg dipunyai oleh ahli PAS. Walaupun akhirnya tak dapat pergi, urusan kami tetap diteruskan dan sehingga kini duit saya masih berada dalam simpanannya. Kami tetap brkawan atas dasar perniagaan malah mana2 orang yg bertanya untuk pergi haji secara swasta, saya perkenalkn ke syarikat tersebut.

2- Setiap kali musim korban, saya menghantar beberapa rombongan ke negara2 tertentu. Tahun lepas, selepas PRK saya mnjemput salah seorang aktivis PAS yg pernah bersama kami di awal perniagaan saya untuk mnjadi duta kembara korban. Beliau kini salah seorang pimpinan tertinggi PAS Negeri dotdotdot.

3- Perniagaan kami brunsur kebajikan. Beberapa sekolah agama kerap mndapat bantuan dari saya secara peribadi mahupun atas dasar syarikat. Ada diantara mudirnya ahli dan pimpinan PAS dan salah satunya Ketua PAS Kawasan dotdotdot.

4. Ada diantara staff saya yg bukan sekadar ahli PAS malah aktivis PAS. Semasa PRK Sg Besar ketika brtanding dulu, beliau turun ke Sg Besar brkempen utk calon PAS. Ha ha ha.... saya bangga dengan beliau kerana berani mempertahankan prinsipnya....tidak saya kutuk mahu pun perli... tidak juga dipecat malah bonusnya tidak dikurangkan.

5. Sebahagian besar saudara dan ipar2 saya adalah ahli PAS. Ada yg pernah suruh saya brtaubat. Apa hal pun, bila tiba musim korban.... anak2nya akan bekerja dengan saya dan yg mana saya mampu, akan saya bantu yg mana patut.
Kesimpulan... walaupun PAS kini mnjadi musuh politik saya selain dari UMNO... tetapi dari sudut perniagaan, kebajikan dan kemanusiaan... saya tak membezakan. 

Saya sedar kawan2 dan staff saya dari PAS yg saya sebutkn di atas tak berapa nak berani pertahankan saya kerana mereka sedar.... kebanyakan 'kawan2' mereka yg didakwa matang itu hanya sekadar slogan.... dan saya tak kecil hati dengan mereka.-Azhar Ab Shukur.

7 Responses to "Tauke EZQurban tak pecat pekerja ahli PAS,bagi bonus lagi."

  1. Memang gitu la perangai ramai, tapi bukan semua, orang-orang Pas.. boikot, tak bertegur sapa, tak pegi kenduri, solat dua imam.
    Bila diberitau kpd pimpinan, mereka senyum seolah-olah setuju dgn telatah ahli2 parti mereka.
    Cakap pulok tak usah kira la, itu kena islamik, ini kena islamik tapi jiwa dan hati pimpinan mereka ciput!!!
    Bila pemimpin nombor satu berjiwa ciput, pimpinan di bawah lagi la ciput.
    Bukankah ini menunjukkan pimpinan mereka tidak berjiwa besar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ler bila pemimpin no. satu tunduk kpd DAP alamat tak lama lah tu lantaran berjuang (kununnya) dalam keadaan hina sebegitu..

      Nak berjiwa besar macamana bila awal2 lagi merahsiakan Perjanjian Pangkor ll dari pengetahuan Majlis Syura Ulamak.. awal2 dah tunjuk sikap kebaruaan kpd parti luar spt DAP.. eloklah disingkirkan kerana memang berbaloi utk PAS bilamana begitu mudah meninggalkan perjuangan islam hanya kerana tewas tidak dipilih utk memimpin..

      Delete
  2. Replies
    1. PAS parti yg tak buleh ditegur...

      Delete
    2. PAS boleh ajer ditegur.. tapi kenalah bg sebab musabab yg logik.. ini tak.. sebab yg selalu dikemukakan ialah kerana PAS tak mahu tunduk kpd DAP..

      Delete