MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Sekali lagi Mahfuz Omar, campur tangan isu 1MDB.

Talam dua muka. NAJIB PUJI LAP0RAN TIP, tapi tak komen DOJ Ameroka,

Kenyataan Media

*NAJIB USAH BERMUKA DENGAN RAKYAT: PUJI LAPORAN (TIP) JABATAN NEGARA AMERIKA SEBALIKNYA TUDUH DOJ AMERIKA CAMPUR TANGAN DALAM KES 1MDB*.

1. PM Najib Razak gembira dan 'ghenyeh' (sengeh) sampai telinga *memuji Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2017 Jabatan Negara Amerika Syarikat* yang mengeluarkan Malaysia daripada senarai pengawasan tahap 2 bagi usaha menangani pemerdagangan manusia.Laporan tahunan oleh Jabatan Negara Amerika tersebut telah menyenaraikan lebih 100 negara termasuk Amerika Syarikat dalam usaha menangani pemerdagangan manusia dengan penilaiani empat peringkat meliputi tahap 1,tahap 2,Senarai Pengawasan tahap 2 dan tahap 3. Dalam laporan Pemerdagangan Manusia 2017 *Jabatan Negara Amerika meletakan Malaysia di tahap 2*.

2. Persoalannya, Najib Razak Perdana Menteri jenis apa apabila *Malaysia boleh pula menerima Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam isu pemerdagangan manusia* tanpa adanya pula pihak yang menjadi 'pembodek tegar' menuding jari terhadap laporan tersebut sebagai campur tangan asing keatas Malaysia berbanding isu laporan DOJ dalam 'skandal mega' 1MDB apabila ramai 'pembodek tegar' muncul dengan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Saya bersetuju bahawa *Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat bukannya satu campur tangan asing keatas Malaysia* tetapi jika mengikut logik mereka yang membangkitkan isu campur tangan asing ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 'rompakan mega' wang 1MDB sudah tentu Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat ini juga adalah sebahagian campur tangan asing.

Pujian dan keseronokan PM Najib Razak itu seolah-olah seperti *Malaysia amat bergantung harap kepada laporan dari Amerika Syarikat untuk menentukan kedudukan Malaysia dalam isu pemerdagangan manusia ini*.

3. Oleh itu dendangan 'isu campur tangan asing' mengenai laporan DOJ berkaitan kehilangan dan 'rompakan mega' wang 1MDB mesti dihentikan oleh semua pihak dengan segera.

 *Laporan dokumen DOJ memperakui dari penilaian dan dapatan penyiasatan mereka ada 'penyangak' dari Malaysia telah melakukan kesalahan penggubahan wang haram yang puncanya berasal dari wang 1MDB di Amerika Syarikat* dan wang tersebut telah dikitar dan dipulangkan sebahagiannya kepada manusia yang dinamakan 'Malaysia Official 1' (MO1) dan isteri MO1.

 *Jelas terbukti PM Najib Razak boleh menerima laporan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat yang membuat penilaian dan penyiasatan mengenai usaha dan kejayaan membenteras pemerdagangan manusia tanpa mengaitkan dengan isu 'campur tangan asing' maka sewajarnya juga PM Najib Razak dan semua pihak perlu berlapang dada menerima laporan DOJ untuk kita bersama membenteras penjenayah,penyangak,penyamun,perompak yang telah menyeleweng wang 1MDB yang merupakan syarikat milik rakyat Malaysia*.

*PM Najib Razak tidak perlu bermuka-muka dengan rakyat* apabila hanya menerima laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang memuji beliau tetapi sebaliknya PM Najib Razak bersama 'pemakan dedak' menolak laporan DOJ yang juga datangnya dari Amerika Syarikat apabila *DOJ menyebut dan mengaitkan MO1 dan Isteri MO1 dengan kecurian wang 1MDB dalam aktiviti haram* di Amerika Syarikat.

"Kepura-puraan itu bagaikan bunga mawar plastik dengan kelopak dan warna sempurna tetapi tak bau wangi".

#TerimaAmerikaBilaDiPuji
#TolakAmerikaBilaDiKeji
#RakyatGeliTengokNajib
#NajibPMTakNakBerhenti
#NajibUmnoBnPerluDiHenti
#RakyatJemuNajibUmnoBN

*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.30am Taman Al Walid Alor Setar
1 July 2017/7 Syawal 1438H

9 Responses to "Sekali lagi Mahfuz Omar, campur tangan isu 1MDB."

  1. Bagilah peluang beliau menonjolkan diri bagi persiapan mantap sebelum keluar PAS dan masuk PAN sebelum PrU 14 tak lama lagi..

    ReplyDelete
  2. itu sajalah tahap iq walaun. orang bagi hujah dia dok koner kut lain. syoikk eram teloq mcm mp mp depa. ayat yg melarang cenderung kpd kezalimn yg ditarbiah dulu dah hilang kut dek kerana dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku malas nak melayan si mahfuz ni sebab beria2 kutuk pas dan umno tapi diam membisu sejuta bahasa atas skandal banglo murah tanpa kolam, terlebih bayar ratusan juta ringgit kpd konsultan terowong bawah tanah (bodo punya olang), penyebaran dakyah kristian evangelis dan lain2.. bisu tanda setuju tapi mengada2 kritik pas nak bersama Umno.. dis ni pun berlagak ala bakal barua dap !

      Delete
  3. La ada lagi harum manis? Ingatkan dah habis musim dan buah jatuh harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab harga dah jatuh harga tu la yang mintak diberi perhatian!

      Delete
    2. Harum manis ni bawak dan kupas isu-isu semasa yang relevan. Berbanding dengan lebai-lebai cap bulan... mereka ni duk angkat pungkok Najib, mr presideng dan pungkok sendiri yang kohong!!!
      Memalukakan bila persoalan remeh diambil hirau oleh lebai-lebai pimpinan parti cap bulan.

      Delete
    3. Pok amid, kalau subjek sejarah pok amid power cuba bagi contoh apa isu2 yg pan bawak yg dikatakan relevan selain dari asyik pertahankan dap.. kalau nak kata pan pernah bawak isu kristian evangelis, terlebih bayar terowong dasar laut, beli banglo tanpa kolam murah, ada ahli politik yg terima duit dari tokey genting & dari individu yg kini dipenjarakan di singapore, isu dana israel bilion ringgit dll takde pulak.. ntahlaaa..

      Delete
  4. Aku setuju dgn tuan hj mahfuz..kjaan jgn dilihat bersikap berat sebelah dlm apa jua isu yg berkaitan.syabas tuan hj..hujah bernas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan BkS jemput dia masuk PAN.. hehe

      Tapi aku pun setuju dgn hang BkS, kerajaan kena adil jgn berat sebelah.. ada ke patut suruhanjaya yg baru ditubuhkan hanya utk siasat kesah forex! Sila siasat juga kes 1 mdb, fgv, lembu kondo, pembunuhan altantuya utk cari org yg mengarah pembunuhan, etc.. juga perwaja, pkfz, bmf, salvage of syarikat perkapalan, pemaksaan ke atas tnb utk beli tenaga daripada ipp, etc..

      Kali ni BkS pasti setuju dgn aku betul kan?

      Delete