MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Isu carbon credit siapa dapat untung RM17 juta di Kelantan?

KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH KELANTAN

ISU CARBON CREDIT: SIAPAKAH YANG MENDAPAT KEUNTUNGAN RM17 JUTA?

1. Pemuda Amanah Kelantan memandang serius isu Skandal Carbon Credit dimana Kerajaan Kelantan menerusi YAB Dato Menteri Besar telah "menyerahkan" hampir 1 Juta Ekar Tanah Hutan kepada Syarikat Climate Protector Sdn Bhd selama 30 tahun, bagi tujuan perdagangan karbon, di mana perdagangan karbon melibatkan alam sekitar ini tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

2. Menurut suatu laporan, sebanyak RM 17 juta wang hasil pelaburan oleh orang awam telah dikaut atas tujuan saham pelaburan carbon credit, dimana perjanjian antara syarikat tersebut dengan Kerajaan Kelantan dijadikan sandaran bagi mengabsahkan pelaburan itu, walhal carbon credit ini bukanlah komoditi bahan dagangan. Kemana wang itu pergi?, Apakah Kerajaan Kelantan sudah "diperdagangkan" oleh syarikat tersebut bagi mengaburi mata orang awam dalam urusan pelaburan yang tidak diiktiraf ini?

3. Kerajaan Kelantan wajib menjawab segera, apakah yang berlaku sebenarnya, jangan cuba berdolak dalih kerana ini melibatkan aset negeri seluas hampir satu juta ekar tanah hutan dan jualan saham awam mencecah RM 17 juta.

4. Lebih mengejutkan, apabila Bank Negara Malaysia telah menyenarai hitamkan syarikat Climate Protector Sdn Bhd ini, apabila syarikat ini disyaki terlibat dalam skim penipuan matawang maya (Crypto Currency) melalui penggunaan EcoBit, sekaligus menimbulkan kebimbangan, apakah Kerajaan Kelantan bakal menjadi mangsa dalam skim penipuan matawang maya ini, apabila terlibat dalam perdagangan karbon yang diuruskan oleh syarikat tersebut.

5. Jawapan yang diberikan oleh salah seorang pimpinan Pas itu tidak boleh diterima pakai atas kapasitinya yang BUKAN dari barisan kepimpinan Kerajaan Kelantan. Sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dari mana-mana pimpinan Kerajaan Kelantan, seolah-olah Kerajaan Kelantan tidak kisah untuk bersekongkol dengan penjenayah kolar putih ini, walaupun sudah diberikan amaran baik dari pihak Kementerian mahupun pihak Bank Negara Malaysia.

6. Pemuda Amanah Kelantan menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama antara Kerajaan Kelantan dengan penjenayah kolar putih ini, apatah lagi apabila ia melibatkan kepentingan awam iaitu tanah hutan negeri Kelantan seluas hampir satu juta ekar.

7. Isu ini melibatkan maruah negeri dan rakyat Kelantan sendiri, dan bakal mencemarkan rekod bersih pentadbiran kerajaan seperti yang ditunjukkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memisahkan sebarang urusan kerajaan dari unsur gharar dan riba, bukan seperti terlibat dalam perdagangan karbon yang mengguna pakai unsur Crypto Currency dalam sistem kewangannya.

8. Apakah Kerajaan Kelantan sudah menjadi Penjenayah Kopiah Putih apabila bekerjasama dengan penjenayah kolar putih ini sehingga sanggup "mencagarkan" aset negeri Kelantan kepada sebuah syarikat yang telah disenarai hitam oleh BNM ini?

9. Sekiranya Kerajaan Kelantan masih bersikap membisu dalam hal ini, kami Pemuda Amanah Kelantan akan memobilisasikan himpunan amarah rakyat secara besar-besaran di hadapan SUK Kelantan, sehingga semua pihak yang terlibat dalam hal ini menjawab dengan segera.

Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah Kelantan
Parti Amanah Negara, Kelantan
4 Julai 2017 / 10 Syawal 1438

8 Responses to "Isu carbon credit siapa dapat untung RM17 juta di Kelantan?"

  1. Kih kih aku nak tengok sebesar mana himpunan amarah rakyat yg korang war2kan utk menyokong segala fitnah yg korang sendiri taburkan!

    Cepatlah buat.. cepatlah..

    ReplyDelete
  2. kalau fitnah samanje lah jangan berkokok ikut telunjuk UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pasti kaedah islam ala pan hasil didikan dap yg kini jadi lebih alim setelah banyak melakukan pembelekan fatwa negeri..

      Delete
  3. Bila nak buat perhimpunan amarah gamaknya?

    ReplyDelete
  4. Tak payah himpunan. Ingat kami ni bodoh buat himpunan RUU 355 apa pun tak ada!!!

    Apa hasil himpunan RUU355 selain tunjukkan PAS kena tipu dengan UMNO???

    Cakaplah!!! Itulah walaun membuat kerja yang lagho dan sia-sia!!!
    Belek fatwa apa salahnya bukannya haram!!!

    Yang haram tu kebas tanah dan harta rakyat macam Kerajaan PAS Kelantan buat!!! Berosa menganiayai orang!!!

    Lepas tu mengaku kerajaan Islam!! Perangai mengalahkan syaitan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah taraf ulamak pan.. hanya boleh belek perjanjian pangkor 2 sahaja jauh sekali utk diamanahkan membelek fatwa.. hinanya jadi pemimpin pan..

      Delete
    2. Himpunan RUU 355 tu nak menunjukkan tanda sokongan terhadap perlaksanaan hukum Islam. Yg menentukan RUU dilakasanakan adalah dalam Parlimen.
      Nak tgk RUU355 dilaksanakan ahli parlimen PAN pn kena sokong nanti. Bukan terpekik mcm beruk.
      Ada paham?

      Yang paling sy tak paham sekarang, HARAPAN nk jatuhkan kerajaan sedia ada ataupun nak jatuhkan pembangkang?

      Kalau nk jatuh kan BN tak perlu serang PAS. PAS pn nak jatuhkan BN. Tp sekarang pd pandangan sy, PAN membantu BN menjatuhkan PAS. Sedangkan PAS merupakan pembangkang.
      Jadi persoalannya siapa yang sebenarnya UG dgn BN?

      Kalau ada bukti kerajaan Kelantan kebas tanah rakyat mohon laporkan kepada SPRM. Kalau setakat sembang dalam dunia maya ni,kucing pn boleh terbang.

      Yang terakhir,izinkan sy bertanya apakah sumbangan PAN terhadap Islam di Malaysia?

      Sekian,terima kasih

      Delete
    3. a. Perjanjian Pangkor 2 dgn kafirun
      b. Redha si kafir belek fatwa negeri
      c. Diam seribu bahasa kpd salahlaku si kafir sbg cth banglo murah tanpa kolam
      d. Diam sejuta bahasa bila si kafir hina Dr Zakir Naik
      e. Turut sama pertikai RUU 355 sebagaimana kafirun pertikai
      f. Diredhai si kafir utk jadi calon mb
      g. Taksub kpd undi kafir

      Sekian dulu..

      Delete