MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Jufazli menang kes lawan Musa Aman.

KENYATAAN MEDIA

JUFAZLI MENANG KES MELAWAN MUSA AMAN & KERAJAAN UMNO-BN DI SABAH

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya mahu kongsi satu berita paling gembira di hari raya ini. Selepas saya menghubungi wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sabah sebentar tadi, mereka memaklumkan bahawa Ketua Pendakwa Raya(DPP) Negeri Sabah telah memutuskan secara rasmi kes saya yang dibuka oleh Musa Aman dan kerajaan UMNO-BN di bawah kesalahan Akta Hasutan pada 9 November 2016 lepas, "telah ditutup sepenuhnya". Pihak Pendakwaaan "membebaskan saya sepenuhnya dan tiada pendakwaan mahkamah" daripada pertuduhan menghasut rakyat melawan kerajaan UMNO-BN kerana tiada unsur-unsur jenayah menghasut.

Alhamdulillah!
Saya menang sekali lagi ke atas Musa Aman dan kerajaan UMNO-BN. Disebabkan kemenangan ini, benarlah bahawa Musa Aman dan UMNO-BN adalah perompak wang rakyat Sabah. Bukan saya yang bersalah dalam hal ini. Tetapi yang bersalah ialah Musa Aman dan UMNO-BN di Sabah.

Akhirnya Allah tunjukkan ini bukan fitnah dan saya di pihak benar. Terima kasih kepada 6 orang Peguam saya yang membantu saya melawan Musa Aman dan kerajaan UMNO-BN di Sabah. Terima kasih juga kepada Inspektor Yanti dan pihak PDRM kerana melakukan siasatan dengan telus dan adil. Respect Polis Sabahan. 

Kepada Musa Aman perompak,
Kebangkitan orang muda seperti saya adalah simbol kemenangan rakyat Sabah melawan kerajaanmu yang zalim dan penuh kebobrokan sehingga Sabah menjadi miskin dalam Malaysia.

Kepada kerajaan UMNO-BN,
Kamu kalah teruk bersama Musa Aman dan anak muda ini menang bermaruah!

Checkmate!

#TUMBANGNAJIBRAZAK
#TUMBANGMUSAAMAN
#TUMBANGUMNOBN
#SELAMATKANSABAH

Jufazli Shi Ahmad
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah 
[3 Julai 2017]

3 Responses to "Jufazli menang kes lawan Musa Aman."

  1. Kini kebenaran telah terserlah. Bersyukur lah kepada ALLAH wahai Jufazli yang telah memungkinkan ia nya terjadi. Kepada Musa Aman dan UMNO Sabah jangan lah berterusan menindas rakyat Sabah dan Malaysia kerana gelombang anak muda sekira ia nya menjadi tsunami tiada tembok yang mampu menahan kemaraan nya. Apa tah lagi kalau tembok itu merupakan Musa Aman mahu pun Najib. Dengan kemenangan anak muda ini saya mengharapkan agar parti "WAWASAN" akan terus mara untuk mengembalikan maruah kebanyakan rakyat Sabah yang sudah lama di tindas dari segala aspek.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah, Saudara Jufazli. Salam saya doakan saudara terus besar jiwa dan istiqamah dalam perjuangan. Amin.

    ReplyDelete
  3. Terbaeklah jufazli .. kejayaan pasti muncul jika fitnah serta makihamun tidak dijadikan modal perjuangan..

    ReplyDelete