MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Kenapa AMANAH bukan PAN?

Persoalan Perlembagaan Amanah. Kenapa Parti Amanah Negara tidak disingkatkan kepada PAN. 

Jawapannya : Nama Parti Amanah Negara dicadangkan oleh Presiden Amanah. Nama ini diputuskan lebih daripada setengah hari di Shah Alam Selangor. PAN tidak memberi apa-apa makna yang baik bagi sesebuah parti politik. Tetapi perkataan AMANAH sangat sesuai dengan parti politik berdasarkan Islam dan konsep Islam Rahmatalilalamin. 

Surah Al-Hujurat ayat 11, Allah menegur mereka yang mengelar dengan perkataan yang buruk. Bagi Parti Amanah Negara. Nama kami adalah AMANAH bukan PAN. Panggilan PAN adalah panggilan yg bersifat menghina, mengejek dan merendah-rendahkan.

AMANAH juga adalah salah satu daripada sifat Nabi Muhammad S.A.W. AMANAH juga adalah salah satu sebab Allah menurunkan manusia di atas mukabumi ini. Jika pun kita membenci Parti Amanah Negara, ungkapkanlah AMANAH sebagai satu doa berbanding mencelanya dengan perkataan-pakatan yang buruk.

2 Responses to "Kenapa AMANAH bukan PAN?"

  1. betul tu tuan,geng ostaz kopiah longgaq dah tak jumpa dah ayat tu sebagaimana hilangnya ayat yg melarang cenderung kpd menyokong kezaliman drp lidah lidah dan mulut mulut mereka

    dulu kami faham ayat ayat tu drp tarbiah merekajuga, tapi kini tak tahu lah...amat hinalah bagi mereka yg mengetahui dan mengajar ayat ayat Allah tapi mereka sendiri yg melanggarnya

    semoga Allah mengampuni kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg hinanya perkataan PAN tu.. bukankah itu singkatan kpd Parti Amanah (kononnya) Negara?

      Delete