Terkini

Petisyen PRU 13,ahli PAS minta PAS Pusat bantu bayar RM80 ribu.

YBhg. Tuan,

PETISYEN PILIHAN RAYA UMUM KE-13, DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN PASIR PANJANG: SHAMSHULSAKRI CHE DIN

Perkara diatas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan perkara tersebut diatas, keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Julai 2013 dan juga keputusan Mahkamah Tinggi Malaya (Kebankrapan) pada 4 Julai 2017 adalah dengan ini dipohon tindakan pertanggungjawaban daripada pihak YBhg. Tuan jua.

Untuk makluman pihak YBhg. Tuan, saya telah diarah oleh Mahkamah untuk membuat bayaran penuh sebanyak Ringgit Malaysia : Lapan Puluh Ribu sahaja (RM 80 Ribu) dan jika sekiranya gagal saya akan diisytiharkan sebagai seorang yang bankrap berikutan kegagalan menyelesaikan bayaran tersebut.

Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri dan merayu agar pihak YBhg. Tuan mengambil tanggungjawab bersama membantu saya membuat bayaran tersebut oleh kerana saya telah diarahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Perak melalui Setiausaha PAS Kawasan Lumut (Saudara Hamidun Ahmad) untuk menfailkan kes tersebut dengan jaminan bahawa segala perbelanjaan dan kos akan ditanggung sepenuhnya.

Sekian dipohon, terima kasih.

Saya yang benar,

SHAMSHULSAKRI BIN CHE DIN

Salinan kepada;

YB Dato' Takiyuddin bin Hassan
Setiausaha Agung PAS,
Pejabat Agung PAS Pusat,
No. 318-A,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

1 Response to "Petisyen PRU 13,ahli PAS minta PAS Pusat bantu bayar RM80 ribu."

  1. Salam kawan-kawan,

    Selamat berpuasa enam walaupun agak lewat.

    Sorry, busy sikit sekarang ni.

    Baru dapat peluang baca sisi bukit.

    Alhamdulillah masih kekal aktif.

    Tahniah!!!

    Kalau ada kesempatan saya akan membacanya hari2.

    Terima kasih kerana banyak emberikan maklumat.

    ReplyDelete