Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak memuji sikap yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir yang melakukan gimik memandu sendiri Lori Sampah Majlis Perbandaran Kampar (MPK) semasa Pemukiman Menteri Besar Negeri Perak di Daerah Kampar yang bermula semalam.
Banyak pihak tertanya-tanya adakah Dato’ Seri Zambry mempunyai Lesen Kelas ‘E’ dan Lesen Kelas GDL (E) yang membolehkannya membawa kenderaan berat BTM yang melebihi 7500kg?
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun bagi kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen atau lesen tamat tempoh yang tertakluk mengikut Seksyen 26(1) Akta JPJ 1987. Adakah Dato’ Seri Zambry sedar akibatnya kerana membawa kenderaan berat jika tidak mempunyai Lesen Kelas GDL (E) dan ianya merupakan satu kesalahan yang serius?
AMANAH Perak menasihatkan Dato’ Seri Zambry agar mematuhi peraturan jalan raya. Beliau sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik walaupun sedang sibuk menaikkan rating popularitinya menjelang Pilihan Raya Umum yang semakin hampir. Selain itu, kami juga mengharapkan agar pihak JPJ dapat memantau keadaan ini agar keselamatan pengguna jalan raya yang lain terjamin.
#HarapanBaru
SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak
0 Response to "Bawa lori sampah Zambry Kadir ada lesen tak?"
Post a Comment