Terkini

Orang Kanan didakwa seleweng RM40 juta,Zahid Hamidi jawablah.


'ORANG KANAN' DIDAKWA SELEWENG RM40 JUTA, ZAHID PERLU JAWAB!

1. Pemuda AMANAH Negeri Perak mendapat maklumat tentang seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di negeri ini telah terlibat dalam satu penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 September lalu telah menahan Ketua Pemuda yang bergelar Doktor itu bersama tiga yang lain selepas disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta.

2. Mengikut maklumat, Ketua Pemuda Umno Bahagian berumur 38 tahun itu adalah 'orang kanan' kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di parlimen Bagan Datoh dan khabar angin ini bertiup kencang di laman sosial Facebook. Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak Dr Zahid Hamidi memberi menjawab dan memberi penjelasan sama ada benar ataupun tidak dakwaan tersebut.

3. Sehingga hari ini, Zahid membisu biarpun banyak pihak termasuklah daripada ahli Umno sendiri telah mengaitkan individu tersebut dengan beliau. Tindakan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu mendiamkan diri adalah sangat tidak bertanggungjawab dan telah menggadai integritinya apabila seoalah-olah merestui penyelewengan dana kerajaan itu.

4. Kami sangat mengambil serius tentang penyelewengan yang berlaku ini kerana ia melibatkan wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar. Tindakan mereka menyeleweng dana ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

5. Individu yang berjawatan hanya di peringkat bahagian boleh didakwa terlibat dalam satu skandal penyelewengan besar seperti ini, ia telah menzahirkan betapa seriusnya rasuah dan penyewelengan yang sedang berlaku di dalam negara ini. Kami mendesak agar SPRM terus menyiasat skandal ini seterusnya membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan!

AHMAD SHAFIQ AHMAD ARIFFIN
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Negeri Perak
(26 September 2017)

Pautan Rasmi: https://www.fb.com/pemudaamanahperak/photos/a.200321573632943.1073741828.200319670299800/537408076590956/?type=3&theater

5 Responses to "Orang Kanan didakwa seleweng RM40 juta,Zahid Hamidi jawablah."

  1. Kaki rasuah dan kaki klepet disanjung jangan sesekali!

    ReplyDelete
  2. Jerat jiban dah mengena.....sayonara jahid.

    ReplyDelete
  3. Jerat jiban dah mengena.....sayonara jahid.

    ReplyDelete
  4. Nak tahu....
    Cara itu lah yang dibuat selama ini..
    .. sampai dapat mengumpul duit yang banyak
    Dr M pernah persoalkan ...dari mana
    dia dapat mengumpul RM250juta...
    Banyak mengunakan proxi..disebaliknya dia bebas dari tuduhan..bayangkan berapa lama dia berada dalam
    cabinet..begitu banyak wang yang telah dikumpulnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno sudah rosak teruk.. jom jangan undi umno terutama di tempat yg pas bertanding.. undi pas labih bermanfaat..

      Delete