Terkini

SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN KONVENSYEN AMANAH DI KEDAH TANGGUH.

BismillahirRahmanirRahim

KENYATAAN MEDIA SEGERA PARTI AMANAH NEGARA

 www.amanah.org.my

Berikutan daripada kemangkatan Kebawah Duli Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari ini, Parti Amanah Negara (AMANAH) merakamkan sembah takziah kepada Sultanah, Kerabat Diraja dan seluruh rakyat Negeri kedah.

Sebagai menghormati kemangkatan Kebawah Duli Tuanku, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan yang dijadualkan pada 15 September 2017, di Dataran Stargate, Alor Setar serta Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara yang dijadual pada 16 dan 17 September 2017, di Hotel Royale Signature, Alor Setar, Kedah adalah DITANGGUHKAN.

Majlis Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan akan diadakan pada 20 Oktober 2017 manakala Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2017 dengan tempat tidak berubah.

Kepada seluruh ahli-ahli, penyokong dan semua yang terlibat dengan Konvensyen Nasional 2017 ini, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa di hadapi berikutan penangguhan ini.

MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
11 September 2017

1 Response to "SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN KONVENSYEN AMANAH DI KEDAH TANGGUH."