Terkini

Pemuda AMANAH Kedah lapor polis Ustaz PAS fitnah dalam masjid.

1 September 2018, 

Saudara Mohd Khairizal Khazali selaku Naib Ketua Pemuda Amanah Kedah dan Ketua Pemuda Merbok  bersama ajk Amanah Merbok dan Sungai Petani membuat laporan polis terhadap Ust Shaharudin Ibrahim yang telah memfitnah kerajaan Pakatan Harapan ketika membaca khutbah di Masjid Al Muttaqin, Taman Ria Sungai Petani.

Saksi utama adalah Dato Khairil Azizi yang berada didalam masjid pada ketika itu.

Antara teks khutbah yang disampaikan oleh Ust Shaharudin adalah bahawa kerajaan PH mengiktiraf LGBT, kerajaan PH akan membina tandas untuk LGBT, kerajaan PH melantik orang kafir menjadi menteri kabinet, kerajaan PH akan membubar Jakim dan menghasut jemaah menolak kerajaan PH.

Khutbah beliau adalah berniat jahat dan menghasut rakyat membenci kerajaan PH. Pihak berwajib dan pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap beliau dan ajk masjid agar perkara ini tidak berulang.

Mohd Khairizal Khazali
Naib Ketua Pemuda Amanah
Negeri Kedah
IPD Sungai Petani
11.12 pagi.

0 Response to "Pemuda AMANAH Kedah lapor polis Ustaz PAS fitnah dalam masjid."

Post a Comment